Saturday, May 17, 2008

WANITA ITU INDAH

wanita itu indah
mengerti sejuta suasana
pautan syurga

wanita itu indah
kemartabatannya
adalah kematangannya
tiada terusik oleh
kepalsuan

wanita itu indah
mengerti dalam
bahasa-bahasa
yang sukar dilafaskan

wanita itu indah
untuk 'mengertikan' dalam diri
seseorang wanita itu
tidak semudah yang diramal
untuk mengetahui dalam diri
yang bergelar wanita itu
bukan macam membaca buku

wanita itu indah
kerana wanita itu
cepat dan mudah
mengerti
liku-liku kedustaan
dan mengerti
hebatnya 'permainan' suasana

wanita itu indah
kerana wanita tiada mudah gundah
dilanda masalah

ada pun masalah wanita itu tetap indah
kerana mereka kenal pasti
pembunuh rasa
wajar dijauhi

wanita itu indah
wanita itu abstrak
wanita itu tetap indah
wanita itu indah
dalam memujuk yang merajuk
pun pautan rasa
tertitip di hati wanita

12 febuari 2003 SAJALI MOHAMAD

No comments: