dalam jawapan ada pertanyaan
kerana ada kesangsian pada jawapan
ada perkara yang berlaku
daripada jawapan
pun ada perkara yang tidak akan berlaku
daripada jawapan
jawapan yang betul dan telus
jawapan yang ikhlas dan sahih
jawapan yang benar dan tepat
jawapan dalam jawapan
bukan jawapan kepada jawapan
bukan jawapan kepada soalan
dalam jawapan ada pertanyaan
kerana
jawapan yang berbeza-beza
tepatnya jawapan jua berbeza-beza
tidak tahu jawapan
berbeza jawapannya
dalam jawapan ada pertanyaan
kerana setiap jawapan
ada kebertanggungjawapan
ada amanah
yang perlu diselesaikan
dalam jawapan ada pertanyaan
adalah jawapan yang
ikhlas
tepat
telus
benar
betul
sahih
terusterang
berbudi
santun dan sopan
jawapan yang salah
dalam jawapan ada pertanyaan
itulah kehidupan
27 mei 2001 SAJALI MOHAMAD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment