Saturday, May 17, 2008

MAAF, AKU TIDAK PERCAYA

ruparupa aku
dijadikan watak
terasing dalam benar
yang dikacau dan
digauli pada satu
keyakinan palsu

maaf aku tidak
percaya, kerana
semacam kedengaran
bisikan halus ketelingaku
‘aku akan jatuh jika
melibatkan diri
dalam keyakinan
yang penuh kepalsuan

maaf, aku tidak percaya
dan usahlah mencari aku lagi
aku yang ditemui bukanlah
aku yang dulu lagi

benarlah ruparupanya
kelemahanku adalah
modal untuk menjatuhkan
aku yang telah
jatuh oleh insan yang
gemar mentertawakan orang

maaf, aku tidak percaya lagi
pada segala rupa macam katakata
kerana semuanya bertopengkan kepalsuan

SAJALI BIN MOHAMAD
30OKT2007

No comments: