Saturday, May 17, 2008

BENAR

benar sedang mencari kesahihannya
dalam selut lumpur rusuh
mencari benar

benar
adalah dari banyak salah dan kealpaan
benar itu benar
benar itu dari salah

mencari benar itu benar
bukan satu yang mudah
kerana perkotakkatik itu
pun mencari erti sebenar

benarkah sesuatu itu benar
sungguh
sesungguhnya untuk benar itu
sesuatu yang amat payah
kerana ada gundah
mengujiduga
untuk benar itu betulbetul
benar

SAJALI BIN MOHAMAD
1 april 2006

No comments: