diterminal ini
yang banyak ranjau dan duri
ombak semakin mengganas menceritakan
tentang tambah, tolak, dharab dan bahagi
diterminal ini
dalam kakuku
aku bertatih
mencari suci dalam debu
yang memberatkan bebanan
persinggahan yang sekadar dipinggiran ini
sesungguhnya diterminal ini
menuntut sedar dalam diri
menuntut sabar dan tabah
menghimpun kefarduan
untuk menghadapi kejutan noktah
disini, diterminal ini
akulah setia menanti
kbabar-khabar dari keterasingan rasa
yang membelenggu dalam diri
bersama degup jantung dan denyut nadi
diterminal ini
yang amat kabur
pada panjang dan pendeknya disini
menitah aku pasrah
disaksikan entah
diterminal ini
berhimpun soalan-soalan
ujian yang jawapannya tidak pernah tepat
tidak pernah sempurna
tidak dapat disempurnakan
seperti yang diperlukan setiap kali
diterminal ini
yang berlebuhraya nan berliku
mengajar erti
kesesatan-kesesatan yang perlu dipertanggungjawabkan
kerana banyak tuntutan-tuntutan
yang sambung menyambung
diterminal yang ditempuhi ini
kadang-kadang ceritanya ngeri
namun sarat dengan pengertian
sarat dengan kekuatiran
yang aku adalah pelakonnya
diterminal ini
perhimpunanrasa yang besar
mencabar
dalam kekerdilan diri
percambahan minda
kemana selepas ini
atau terus dapat
menjejak episod-episod percintaan
SAJALI BIN MOHAMAD
1 mac 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment