Saturday, May 17, 2008

ISTERI

isteri
tiap langkah
titipan tanggungjawabmu
tetap dan pasti
berimbuhan pahala

isteri
tiap saat dan ketika
tetap sarat dengan
beban yang manis
yang telah difardukan
syurgalah menanti pasti

sabar dan tabah
isteri menghadapi
tiap keresahan
kerana kerenahan
kehidupan ini
adalah bonus
untuk keselesaan di akhirat

isteri
setiap inci pengorbananmu
dalam berliku
pun dalam ranjau duri
tidaklah sia-sia
berkat dan rahmat dari Allah
tetap kau nikmati

isteri
demikianlah
seperti dijanji
ketika ketelusanmu
lulus diuji



SAJALI MOHAMAD
14 mei 2000

No comments: