Saturday, May 17, 2008

KETIDAKPASTIAN

ketidakpastian menjadikan aku semakin keliru
untuk menjamu perasaan kerinduan ini untuk
terus ditenun dalam kamar hatimu, kerana
aku betul-betul tidak mengerti kebisuanmu
selama ini masih bertahta dihatimu, lalu
ketidakpastian ini sering menghantui daku,
apakah lelangit yang kebiruan itu tidak akan
bertukar kelabu dan biru warna itu tetap
selamanya tiada terusik. atau akukah masih
lemas dalam rasa ketidakpastian dalam
dendangan irama kebisuanmu yang menemani
hatiku selama ini, iradahkah ini, di saf manakah aku???

SAJALI BIN MOHAMAD
5mac2007

No comments: