Sunday, June 15, 2008

HANYA DIKAU

aku dalam bahasa senja
menganyam rasa
buatmu

aku dalam bahasa aku
hanya dikau
ruang untuk kumerajuk

bahasa perasaan
membahasakan kerinduan
aku dalam bahasa aku
setujukah kau

aku tetatap menunggumu
diperlabuhan cinta


SAJALI BIN MOHAMAD
16 JUN 2008

Sunday, June 1, 2008

KESEKIAN KALINYA

kesekian kali
pertemuan kita tiada menemui
sebarang pertanda
keakraban harapan

kesekian kalinya
kecederaan rasa
menjadi penghalang
dan petualang
untuk kita mencantum
pengertian bersama

kesekian kalinya
kita tidak punya
banyak waktu dan masa
berbincang
erti dalam diri kita

kesekian kalinya
kita masih belum mampu melihat
warna-warna tuntutan kehidupan kita
kerana jalan-jalan yang banyak simpang
dan takuk fikir kita
mencari dimana


SAJALI BIN MOHAMAD
24febuari2008

HARGA SEBUAH KEJUJURAN

harga sebuah kejujuran
sukar dihitung
dalam sembunyi tulus muni

harga sebuah kejujuran
bukan untuk tawar menawar
kerana aura dan warna-warnanya
membelai keharuman budi
berzaman nan panjang


SAJALI BIN MOHAMAD
26september1990

JAWAPAN

ya
betul

salah
itu

tenguklah nanti
kalau senang

tak senang

tidak tahu

lihat keadaan

terimakasih

jawablah


SAJALI BIN MOHAMAD
6-9-1999

ILUSI

aku jadi cukup terpaut dalam fantasi
yang sekadar ilusi cuma
dan aku jadi cukup tertarik
pada kekosongan
yang memang kosong

ilusi ini
mendodoi aku berfantasi
bagaikan benar
aku ditaut kasihsayang
bagaikan realiti
cerita yang ilusi

aku masih khayal
dijentik kemesraan
yang olok-olok cuma

kuasa ilusi
bermakna untuk dimengerti
dimanakah aku
sebenarnya berada


SAJALI BIN MOHAMAD
21FEB2008

KEPADA.........4

aku berada dalam senja yang berpelangi
sedang menunggu jawapan darimu
tentang aku didalammu

rasaku yang bertaut dalammu
adakah jawapan
atau aku masih terbiar
mencari jawapan dari dalamu

sebenarnya aku rasa aku datang dengan tibatiba
kedalammu
adakah kau terasa

pada realitinya
aku sudah berada didalammu
masih ada ruangkah
untuk kau menerimaku
yang resah menanti


SAJALI BIN MOHAMAD
2jun2008