cinta adalah ujiduga yang manis
cinta memanusiakan manusia
keperitan cinta
sebenarnya adalah kesetiaan dan keikhlasan
cinta adalah pengorbanan
cinta adalah tanggungjawab
cinta adalah kasih sayang
cinta adalah amanah
cinta adalah segalanya
cinta bukan buta
cinta adalah cukup abstrak
cinta membuat manusia awet muda
cinta membuat manusia sentiasa senang
cinta menjadikan semua kerja beres
cinta menjadikan manusia pemikir yang agung
cinta membuatkan manusia disegani dan dihormati
cinta melahirkan pembangunan melata
cinta bukan menjadi manusia melatah
manusia menangis kerana cinta
manusia ketawa kerana cinta
manusia cergas kerana cinta
manusia ada kerana cinta
manusia hidup kerana cinta
manusia mati kerana cinta
cinta uda dan dara
menguji kesetiaan
dipertanggungjawab dengan keikhlasan
diamanah dengan kejujuran
mengunci janji
uda dan dara yang membencikan cinta
bukan bermakna mereka telah kecewa
tetapi kerana mereka telah tahu dan mengerti
harga dan makna cinta sebenarnya
bahawa cinta bukanlah
sesuatu untuk dipermainkan
atau diperalatkan
cinta tidak pernah gagal
uda dan dara yang gagal bercinta
adalah sesuatu yang tidak ujud
yang berlaku cuma
'belum bersedia' bukan kegagalan
kerana cinta adalah besi berani
mertabat cinta
adalah suci
keindahannya tidak sekadar senja
tidak sekadar pelangi
cinta adalah milik alam sejagat
cinta mengharum wangi segala
cinta mewarnai kehidupan
yang pasti
dengan karenah yang manis
mengisi ruang sepi
menjadikan kerinduan itu bererti
cinta adalah ingat mengingati
cinta adalah penyelesai masalah
cinta adalah pemusnah keresahan
cinta adalah budi nan tinggi
cinta memungkinkan segala
tercanai pasti
cinta tercalar
bukan untuk ditangisi
namun adalah untuk dimengerti
erti suka duka hidup ini
salam cinta
bukan sekadar kepada kekasih
ia adalah jua
buat menceriakan manusia
18 Januari 1996 SAJALI MOHAMAD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment