ruparupanya mangga emas dipintu kamar hatimu
dan masih terkunci kemas
dan aku terus menunggu diluar pintu kamar hatimu
akan terbukakah
pintu kamar hatimu
menyambut akulah tetamu
hatimu yang datang dari jauh
akan berbicarakah kita
tentang hadirhati
yang tidak pernah
kau rindui ini
atau akukah
diuji perasaanku
mengetuk hatimu
mencari
tentang masa depan
harapan
akukah tetamu hatimu
yang kau tidak biarkan pulang
SAJALI BIN MOHAMAD
1jun2008
Saturday, May 31, 2008
Thursday, May 29, 2008
TIGA LANGKAH KITA
pertama
kita melihat dunia
kedua
Ombak datang
Ombakpergi
datang pergi
pergi datang
ketiga
kemanakah kita?
SAJALI BIN MOHAMAD
7septemberl990
kita melihat dunia
kedua
Ombak datang
Ombakpergi
datang pergi
pergi datang
ketiga
kemanakah kita?
SAJALI BIN MOHAMAD
7septemberl990
KETIKA KITA RANCAK BERBICARA KENAPA TIBA-TIBA KITA MEMBISU
ketia kita rancak berbicara
kenapa tiba-tiba kita membisu
bukankah kita masih saling memerlukan
mengatur langkah
menghayati pesta ini
ketia kita rancak berbicara
kenapa tiba-tiba kita membisu
bukankah kita sedang menyedia bekal
tentang persahabatan ini usah pupus
ketia kita rancak berbicara
kenapa tiba-tiba kita membisu
hanya sekadar kerana
cemburunya waktu
kita bertemu di sini
SAJALI BIN MOHAMAD
6september1990
kenapa tiba-tiba kita membisu
bukankah kita masih saling memerlukan
mengatur langkah
menghayati pesta ini
ketia kita rancak berbicara
kenapa tiba-tiba kita membisu
bukankah kita sedang menyedia bekal
tentang persahabatan ini usah pupus
ketia kita rancak berbicara
kenapa tiba-tiba kita membisu
hanya sekadar kerana
cemburunya waktu
kita bertemu di sini
SAJALI BIN MOHAMAD
6september1990
CERITA
lalu jadi jaring yang besar
antara antah dan beras pun
membawa kesan yang
antara rahmat dan hargafikir
bunga-bunga yang berwarna
dan waktu senja menjentik
benar dan pelik
adalah pilihan
lalu kadang-kadang teruja
musim-musim sentiasa muda
dalam teratak yang tua
SAJALI BIN MOHAMAD
25febuar2008
antara antah dan beras pun
membawa kesan yang
antara rahmat dan hargafikir
bunga-bunga yang berwarna
dan waktu senja menjentik
benar dan pelik
adalah pilihan
lalu kadang-kadang teruja
musim-musim sentiasa muda
dalam teratak yang tua
SAJALI BIN MOHAMAD
25febuar2008
BIDUK DIUSIK OMBAK
biduk diusik ombak
bernyanyi sambil menari ala dangdut
pun bagaikan tarian hindustan
demikianlah
mengutip butir-butir harapan
patuh pada ombak
yang datang dan pergi
ulang-berulang
biduk diusik ombak
tidak kenal serik
dalam mencari kesungghuhan
cerita tersirat
kampung buntal SAJALI BIN MOHAIvIAD
9sept1990
bernyanyi sambil menari ala dangdut
pun bagaikan tarian hindustan
demikianlah
mengutip butir-butir harapan
patuh pada ombak
yang datang dan pergi
ulang-berulang
biduk diusik ombak
tidak kenal serik
dalam mencari kesungghuhan
cerita tersirat
kampung buntal SAJALI BIN MOHAIvIAD
9sept1990
Thursday, May 22, 2008
KEPADA.........ii
aku tibatiba jadi resah
tibatiba aku masuk kekamar hatimu
tidak sempat memberi salam
demikian tibatiba aku
setelah sekian lama
berbicara bersamamu
tentang mencari hikmah kegagalan
aku dipasung rindu
lalu tanpa sempat mengetuk
kamar hatimu
dan engkau pun
sebenarnya tidak tahu kenapa
aku datang dalam senyap
sebenarnya aku menjadi sukar
mencari jalan pulang
setelah lena dikamar hatimu
SAJALI BIN MOHAMAD
33:22 pagi
23mei2008
tibatiba aku masuk kekamar hatimu
tidak sempat memberi salam
demikian tibatiba aku
setelah sekian lama
berbicara bersamamu
tentang mencari hikmah kegagalan
aku dipasung rindu
lalu tanpa sempat mengetuk
kamar hatimu
dan engkau pun
sebenarnya tidak tahu kenapa
aku datang dalam senyap
sebenarnya aku menjadi sukar
mencari jalan pulang
setelah lena dikamar hatimu
SAJALI BIN MOHAMAD
33:22 pagi
23mei2008
Sunday, May 18, 2008
ANTARA PAGI DAN SENJA HARI
pagi menyedia bekalan
senja hari hampir dipanggil pulang
jangan lupa
cuma perjuangan yang
tidak pernah selesai
dan usai
SAJALI BIN MOHAMAD
21 disember 2006
senja hari hampir dipanggil pulang
jangan lupa
cuma perjuangan yang
tidak pernah selesai
dan usai
SAJALI BIN MOHAMAD
21 disember 2006
DI SENJA SEPI
disenja sepi
kerinduan mengusik hati
dirantai kesedihan
kerana kisah semalam
tidak dapat dikembalikan
SAJALI BIN MOHAMAD
30 12 2006
kerinduan mengusik hati
dirantai kesedihan
kerana kisah semalam
tidak dapat dikembalikan
SAJALI BIN MOHAMAD
30 12 2006
WAKTU
waktu adalah ruang yang singkat
yang menjanjikan
sesuatu peluang yang tidak wajar
dipersia-siakan
waktu sukar untuk bertemu sesuatu
yang tak dijentik rasa
dan waktu tiada bahasa menunggu
waktu yang telah berlalu itu
ada rakaman sejarah
mengingati kita
tentang irama silam dan
warnanya mengulit kita
dalam diam
dan kita sentiasa sadar
SAJALI BIN MOHAMAD
18mei2008
yang menjanjikan
sesuatu peluang yang tidak wajar
dipersia-siakan
waktu sukar untuk bertemu sesuatu
yang tak dijentik rasa
dan waktu tiada bahasa menunggu
waktu yang telah berlalu itu
ada rakaman sejarah
mengingati kita
tentang irama silam dan
warnanya mengulit kita
dalam diam
dan kita sentiasa sadar
SAJALI BIN MOHAMAD
18mei2008
ERTI, DARI YANG TIDAK BERERTI
yang tidak bererti
tidak bererti, tidak ada erti
yang tidak bererti
ada banyak erti
kerana
selagi kita
boleh melafaskan
boleh tuliskan
boleh berbahasa isyarat
boleh apa-apa
tetap ada erti
kerana
sebenar-benarnya
yang tidak ada bererti itu
diketahui, dimengerti
maka itu ia
dikatakan tidak bererti
sesuatu
yang tidak bererti
tidak semestinya tidak ada erti
tidak bererti
hanya kepada yang tidak memerlukan
tidak bererti
bererti
kepada yang memerlukan
erti, dari yang tidak bererti
sungguh bererti
SAJALI MOHAMAD
14 april 2001
stadium perpaduan
petra jaya kuching
tidak bererti, tidak ada erti
yang tidak bererti
ada banyak erti
kerana
selagi kita
boleh melafaskan
boleh tuliskan
boleh berbahasa isyarat
boleh apa-apa
tetap ada erti
kerana
sebenar-benarnya
yang tidak ada bererti itu
diketahui, dimengerti
maka itu ia
dikatakan tidak bererti
sesuatu
yang tidak bererti
tidak semestinya tidak ada erti
tidak bererti
hanya kepada yang tidak memerlukan
tidak bererti
bererti
kepada yang memerlukan
erti, dari yang tidak bererti
sungguh bererti
SAJALI MOHAMAD
14 april 2001
stadium perpaduan
petra jaya kuching
TERIMA KASIH
terimakasih
kerana aku masih
akulah tetamu
telah dihidang
dengan pintaku
dengan yang tidak
aku sendiri pernah tahu
terimakasih
kerana kau masih
mahu aku terus bertanya
masalah yang didokong kesempurnaan
SAJALI BIN MOHAMAD
4 mei 1990
kerana aku masih
akulah tetamu
telah dihidang
dengan pintaku
dengan yang tidak
aku sendiri pernah tahu
terimakasih
kerana kau masih
mahu aku terus bertanya
masalah yang didokong kesempurnaan
SAJALI BIN MOHAMAD
4 mei 1990
SALAM BISU
aku telah menyahut
salam bisu
yang datang dari
satu penjuru
mengkhabarkan kepadaku
agar mencari kawasan
salam bisu
menyengat ke nubariku
dengan senjata untukku
berjuang sorang
menempuh kabus
mencari harta yang
aku mau
salam bisu
tidak jemu mengulang pesanan
supaya aku tidak pengsan
supaya aku tidak digaris penamat
supaya kearifanku waja
supaya jati diriku kental
aku yang menjumpai
salam bisu
lewat pencarianku
dipesada pasrah
lalu
aku terus berjalan
ditemani salam bisu yang mengerti
salam bisu
menerangi aku
berjalan
menitip hajatku
SAJALI BIN MOHAMAD
15 10 2007
salam bisu
yang datang dari
satu penjuru
mengkhabarkan kepadaku
agar mencari kawasan
salam bisu
menyengat ke nubariku
dengan senjata untukku
berjuang sorang
menempuh kabus
mencari harta yang
aku mau
salam bisu
tidak jemu mengulang pesanan
supaya aku tidak pengsan
supaya aku tidak digaris penamat
supaya kearifanku waja
supaya jati diriku kental
aku yang menjumpai
salam bisu
lewat pencarianku
dipesada pasrah
lalu
aku terus berjalan
ditemani salam bisu yang mengerti
salam bisu
menerangi aku
berjalan
menitip hajatku
SAJALI BIN MOHAMAD
15 10 2007
AKU YANG MASIH TERUS MENCARI
aku yang masih terus mencari
diriku dalam diriku
titik titik titik titik titik titik titik
hingga ke hari ini
aku masih belum menjumpai diriku
aku yang masih terus mencari
di sini, ditempat luas yang mengecil
kesepian
sehingga ramai yang sudah mengenali aku
tapi bukanlah mengenali aku
sekadar cuma tahu bukan mengerti
diriku
aku yang masih terus mencari
kenapa aku terpukau
pada yang masih perlu
dicari ertinya
SAJALI BIN MOHAMAD
17 disember 2006
diriku dalam diriku
titik titik titik titik titik titik titik
hingga ke hari ini
aku masih belum menjumpai diriku
aku yang masih terus mencari
di sini, ditempat luas yang mengecil
kesepian
sehingga ramai yang sudah mengenali aku
tapi bukanlah mengenali aku
sekadar cuma tahu bukan mengerti
diriku
aku yang masih terus mencari
kenapa aku terpukau
pada yang masih perlu
dicari ertinya
SAJALI BIN MOHAMAD
17 disember 2006
PENCARIAN
kucari pengertian
dari kisah yang berlaku
yang menglonglaikan
sukmaku
lantas menitahkan dan memaksa aku
melerai rasa yang indah
kucari makna
izin dalam paksa
aku yang ditinggalkan
dengan terpingga-pingga
tanpa dibekalkan
dengan bicara yang bijak
kucari erti kenapa
aku dibiarkan
mencari jawapanjawapan
kepada soalan yang samar
dan
jawapanku
tetap salah semuanya
kucari makna
dari jawapanjawapanku yang tetap salah
yang menutup
peluangpeluang yang aku
masih perlukan
SAJALI MOHAMAD
10:15 pagi
30 Oktober 2004
dari kisah yang berlaku
yang menglonglaikan
sukmaku
lantas menitahkan dan memaksa aku
melerai rasa yang indah
kucari makna
izin dalam paksa
aku yang ditinggalkan
dengan terpingga-pingga
tanpa dibekalkan
dengan bicara yang bijak
kucari erti kenapa
aku dibiarkan
mencari jawapanjawapan
kepada soalan yang samar
dan
jawapanku
tetap salah semuanya
kucari makna
dari jawapanjawapanku yang tetap salah
yang menutup
peluangpeluang yang aku
masih perlukan
SAJALI MOHAMAD
10:15 pagi
30 Oktober 2004
LALU LALANG
lalulalang
ruang yang walang
pengisian pendek yang panjang
lalulalang
berlaku ulang berulang
pesta orang-orang
ketentuan berhalang
kepastian ditatang
lalulalang
untuk cemerlang
lalulalang
pergi dan datang
SAJALI MOHAMAD
tebingan sungai
16 jun 2001
5:50 petang
ruang yang walang
pengisian pendek yang panjang
lalulalang
berlaku ulang berulang
pesta orang-orang
ketentuan berhalang
kepastian ditatang
lalulalang
untuk cemerlang
lalulalang
pergi dan datang
SAJALI MOHAMAD
tebingan sungai
16 jun 2001
5:50 petang
CINTA
cinta
pertemuan
ujian
ombak
pasrah
tolak campur dharab bahagi
soalan
kiasan
SAJALI MOHAMAD
11 disember 2000
pertemuan
ujian
ombak
pasrah
tolak campur dharab bahagi
soalan
kiasan
SAJALI MOHAMAD
11 disember 2000
TIDAK KUSANGKA
tidak kusangka
kamar hatiku masih terbuka
melamar sebuah kerinduan
tidak kusangka
jawapan anggukan kepala
menjadikan aku leka
diulit mimpi indah
dalam terjagaku lalu
bercantum dua hati
tidak kusangka
segalanya bertukar luka
sekaligus meranap ilusiku
apabila dijentik bicara
rupa-rupanya perubahan
berlaku terus bertanya
antara khayalan dan benar
dimanakah aku
SAJALI BIN MOHAMAD
11april2007
kamar hatiku masih terbuka
melamar sebuah kerinduan
tidak kusangka
jawapan anggukan kepala
menjadikan aku leka
diulit mimpi indah
dalam terjagaku lalu
bercantum dua hati
tidak kusangka
segalanya bertukar luka
sekaligus meranap ilusiku
apabila dijentik bicara
rupa-rupanya perubahan
berlaku terus bertanya
antara khayalan dan benar
dimanakah aku
SAJALI BIN MOHAMAD
11april2007
Saturday, May 17, 2008
WARNA
warna mencalar balar kanvas
dengan keindahannya
ceria dan muram
mengumpul kecelaruan
untuk aku mengenalkan
satu persatu
warna pelangi
semuanya bukan bisu
SAJALI BIN MOHAMAD
3 jan 2007
dengan keindahannya
ceria dan muram
mengumpul kecelaruan
untuk aku mengenalkan
satu persatu
warna pelangi
semuanya bukan bisu
SAJALI BIN MOHAMAD
3 jan 2007
TIBA-TIBA
kujenguk jendela yang terbuka
melambaiku
untuk membelai hati diujung rindu
SAJALI BIN MOHAMAD
3 mac 2007
melambaiku
untuk membelai hati diujung rindu
SAJALI BIN MOHAMAD
3 mac 2007
SEBENARNYA, AKU INI
sebenarnya, aku ini
dihiasdandan dengan mencari
sesuatu dari faham dan mengerti
yang tidak pernah
betul sepenuhnya
sebenarnya, aku ini
sentiasa resah gelisah berada di desa entah
yang sentiasa menawarkan aku
bertatih mencari diri dalam diri
sebenarnya, aku ini
seorang yang sentiasa dalam lupa
diperjalanan yang berliku ini
dariujung keujung yang cuma rasa
sebenarnya, aku ini
terlalu sukar untuk keluar
dari belukar resah
sebenarnya, aku ini
tetap mencari aku dalam aku
dengan rebah bangun
merabaraba sampai bilabila
sesuatu yang benar dan betul
SAJALI BIN MOHAMAD
5 april 2007
dihiasdandan dengan mencari
sesuatu dari faham dan mengerti
yang tidak pernah
betul sepenuhnya
sebenarnya, aku ini
sentiasa resah gelisah berada di desa entah
yang sentiasa menawarkan aku
bertatih mencari diri dalam diri
sebenarnya, aku ini
seorang yang sentiasa dalam lupa
diperjalanan yang berliku ini
dariujung keujung yang cuma rasa
sebenarnya, aku ini
terlalu sukar untuk keluar
dari belukar resah
sebenarnya, aku ini
tetap mencari aku dalam aku
dengan rebah bangun
merabaraba sampai bilabila
sesuatu yang benar dan betul
SAJALI BIN MOHAMAD
5 april 2007
KESANGSIAN
kesangsian itu sentiasa pagi dan siang
membantu memberi jawapan kepada semua soalan
menyiang bicara-bicara yang mencari pengertian
kesangsian adalah telus
menunjuk panjang pendek jalan fikir
penentu ke mana harus dituju
kesangsian tidak pernah tidur nyenyak
SAJALI BIN MOHAMAD
2 jan 2007
membantu memberi jawapan kepada semua soalan
menyiang bicara-bicara yang mencari pengertian
kesangsian adalah telus
menunjuk panjang pendek jalan fikir
penentu ke mana harus dituju
kesangsian tidak pernah tidur nyenyak
SAJALI BIN MOHAMAD
2 jan 2007
SETELAH BERBICARA DENGAN JIM HA
terimakasih
jim ha
hari ini aku membuka jendela
yang sekian lama telah tertutup
dengan kunci emas
jim ha
aku ke pulau
aku ke laut
aku ke sawah
jim ha
lumpuhku sudah sembuh
terimakasih
jim ha
SAJALI BIN MOHAMAD
29071990
jim ha
hari ini aku membuka jendela
yang sekian lama telah tertutup
dengan kunci emas
jim ha
aku ke pulau
aku ke laut
aku ke sawah
jim ha
lumpuhku sudah sembuh
terimakasih
jim ha
SAJALI BIN MOHAMAD
29071990
SEANDAI KAU TAHU SUARA HATIKU
seandainya kau tahu suara hatiku
terhadap dirimu
barangkali telah lama kita tiada
ruang waktu untuk berbicara
sebenarnya terlalu sukar untuk
kulafaskan bahawa aku terlalu
kesepian tanpa peluang untuk
mendengar suaramu
seandainya kau tahu suara hatiku
terhadapmu
mungkin kau memintaku mengucap panjang
mungkin kau desak aku berfikirlah
seandainya kau tahu suara hatiku
terhadapmu
mungkin kau akan berkata
tolong berikan aku sedikit masa
membaca tentang aku yang
berkata seandainya kau tahu suara hatiku
SAJALI BIN MOHAMAD
23feb2008
terhadap dirimu
barangkali telah lama kita tiada
ruang waktu untuk berbicara
sebenarnya terlalu sukar untuk
kulafaskan bahawa aku terlalu
kesepian tanpa peluang untuk
mendengar suaramu
seandainya kau tahu suara hatiku
terhadapmu
mungkin kau memintaku mengucap panjang
mungkin kau desak aku berfikirlah
seandainya kau tahu suara hatiku
terhadapmu
mungkin kau akan berkata
tolong berikan aku sedikit masa
membaca tentang aku yang
berkata seandainya kau tahu suara hatiku
SAJALI BIN MOHAMAD
23feb2008
OMBAK
ombak memanusiakan aku
dalam warna pelangi
dan mengajar aku
memahami dan mengerti
erti senja
SAJALI BIN MOHAMAD
14 disember 2006
dalam warna pelangi
dan mengajar aku
memahami dan mengerti
erti senja
SAJALI BIN MOHAMAD
14 disember 2006
PERTEMUAN INI
PERTEMUAN INI
pertemuan ini
mengajar aku
mengerti tentang
rasa yang
menuangkan sejuta makna
pertemuan ini
adalah pengisian
yang telah dikosongkan
untuk meneruskan
perjalanan baru
pertemuan ini
bukannya baru
namun ia
memohon aku
mencari yang hilang
yang tidak hilang
pertemuan ini
mengenalkan aku
bahawa dalam keserbasalahan itu
perlu bijak menghadapinya
pertemuan ini
adalah kesinambungan
babakbabak kehidupan
yang perlu dihakis
kemurungan yang menduga
SAJALI MOHAMAD
9:50 pagi
30 Oktober 2004
pertemuan ini
mengajar aku
mengerti tentang
rasa yang
menuangkan sejuta makna
pertemuan ini
adalah pengisian
yang telah dikosongkan
untuk meneruskan
perjalanan baru
pertemuan ini
bukannya baru
namun ia
memohon aku
mencari yang hilang
yang tidak hilang
pertemuan ini
mengenalkan aku
bahawa dalam keserbasalahan itu
perlu bijak menghadapinya
pertemuan ini
adalah kesinambungan
babakbabak kehidupan
yang perlu dihakis
kemurungan yang menduga
SAJALI MOHAMAD
9:50 pagi
30 Oktober 2004
MAAF, AKU TIDAK PERCAYA
ruparupa aku
dijadikan watak
terasing dalam benar
yang dikacau dan
digauli pada satu
keyakinan palsu
maaf aku tidak
percaya, kerana
semacam kedengaran
bisikan halus ketelingaku
‘aku akan jatuh jika
melibatkan diri
dalam keyakinan
yang penuh kepalsuan
maaf, aku tidak percaya
dan usahlah mencari aku lagi
aku yang ditemui bukanlah
aku yang dulu lagi
benarlah ruparupanya
kelemahanku adalah
modal untuk menjatuhkan
aku yang telah
jatuh oleh insan yang
gemar mentertawakan orang
maaf, aku tidak percaya lagi
pada segala rupa macam katakata
kerana semuanya bertopengkan kepalsuan
SAJALI BIN MOHAMAD
30OKT2007
dijadikan watak
terasing dalam benar
yang dikacau dan
digauli pada satu
keyakinan palsu
maaf aku tidak
percaya, kerana
semacam kedengaran
bisikan halus ketelingaku
‘aku akan jatuh jika
melibatkan diri
dalam keyakinan
yang penuh kepalsuan
maaf, aku tidak percaya
dan usahlah mencari aku lagi
aku yang ditemui bukanlah
aku yang dulu lagi
benarlah ruparupanya
kelemahanku adalah
modal untuk menjatuhkan
aku yang telah
jatuh oleh insan yang
gemar mentertawakan orang
maaf, aku tidak percaya lagi
pada segala rupa macam katakata
kerana semuanya bertopengkan kepalsuan
SAJALI BIN MOHAMAD
30OKT2007
KITA
kita telah bertemu banyak waktu
tiba-tiba kini aku dirundung rindu
kehilangan kelibatmu
kerana engkau kini entah kemana
namun wajahmu tetap di mataku dan hatiku
apakah engkau terlupa
bahawa perpisahan ini
menjadikan kita semakin jauh
mungkinkan perjalanan kita ini
ada lagikah ruang untuk kita
menyambung cerita seperti semalam
SAJALI BIN MOHAMAD
4 mac 2007
tiba-tiba kini aku dirundung rindu
kehilangan kelibatmu
kerana engkau kini entah kemana
namun wajahmu tetap di mataku dan hatiku
apakah engkau terlupa
bahawa perpisahan ini
menjadikan kita semakin jauh
mungkinkan perjalanan kita ini
ada lagikah ruang untuk kita
menyambung cerita seperti semalam
SAJALI BIN MOHAMAD
4 mac 2007
KETIDAKPASTIAN
ketidakpastian menjadikan aku semakin keliru
untuk menjamu perasaan kerinduan ini untuk
terus ditenun dalam kamar hatimu, kerana
aku betul-betul tidak mengerti kebisuanmu
selama ini masih bertahta dihatimu, lalu
ketidakpastian ini sering menghantui daku,
apakah lelangit yang kebiruan itu tidak akan
bertukar kelabu dan biru warna itu tetap
selamanya tiada terusik. atau akukah masih
lemas dalam rasa ketidakpastian dalam
dendangan irama kebisuanmu yang menemani
hatiku selama ini, iradahkah ini, di saf manakah aku???
SAJALI BIN MOHAMAD
5mac2007
untuk menjamu perasaan kerinduan ini untuk
terus ditenun dalam kamar hatimu, kerana
aku betul-betul tidak mengerti kebisuanmu
selama ini masih bertahta dihatimu, lalu
ketidakpastian ini sering menghantui daku,
apakah lelangit yang kebiruan itu tidak akan
bertukar kelabu dan biru warna itu tetap
selamanya tiada terusik. atau akukah masih
lemas dalam rasa ketidakpastian dalam
dendangan irama kebisuanmu yang menemani
hatiku selama ini, iradahkah ini, di saf manakah aku???
SAJALI BIN MOHAMAD
5mac2007
KETERBATASAN KEUPAYAAN INI
keterbatasan keupayaan ini
membuat aku terbantut
membuka simpulan liku
ketika mahu mengeluarkan
diriku dari
perkampungan beban demi beban
yang kadang-kadang
aku harus membayar dam
keterbatasan keupayaan ini
jua mampu membuat aku
terlena mencermin diri
dengan mencari jawapan
dimanakah diriku berada sekarang
keterbatasan keupayaan ini
terus membiarkan aku berjalan
terhingut-hingut dan tersangkut-sangkut
membuang sedikit waktu
untuk aku bertemu dengan diriku
SAJALI BIN MOHAMAD
6april2007
membuat aku terbantut
membuka simpulan liku
ketika mahu mengeluarkan
diriku dari
perkampungan beban demi beban
yang kadang-kadang
aku harus membayar dam
keterbatasan keupayaan ini
jua mampu membuat aku
terlena mencermin diri
dengan mencari jawapan
dimanakah diriku berada sekarang
keterbatasan keupayaan ini
terus membiarkan aku berjalan
terhingut-hingut dan tersangkut-sangkut
membuang sedikit waktu
untuk aku bertemu dengan diriku
SAJALI BIN MOHAMAD
6april2007
YANG TIDAK KESAMPAIAN
yang tidak kesampaian
banyak bertanya soalan, kenapa
sedang liku-liku yang diredah
ujud serta benar
yang tidak kesampaian
kerana jawapan yang tidak tepat
pada soalan yang tidak
pernah difikir
dalam rimbunan resah
alpa pada punca jalan
kearah yang pasti
dan diganggu mimpi
SAJALI BIN MOHAMAD
23feb2008
banyak bertanya soalan, kenapa
sedang liku-liku yang diredah
ujud serta benar
yang tidak kesampaian
kerana jawapan yang tidak tepat
pada soalan yang tidak
pernah difikir
dalam rimbunan resah
alpa pada punca jalan
kearah yang pasti
dan diganggu mimpi
SAJALI BIN MOHAMAD
23feb2008
WANITA i
sekadar berbicara
sesekali
selalu
tetap masih tersembunyi
yang dalam diri
seorang wanita
tidak ada
jalan pantas
mengetuk pintu hati
yang bergelar wanita
sesungguhnya kewanitaan itu
nilainya teristimewa
berharga
bukan untuk dipermainkan
untuk mengerti
dalam diri wanita itu
perlulah seseorang itu
membersih dirinya dulu
memahami wanita
harus tau menjawab
teka teki
dan buat menemui jawapan
sukar dan
tidak begitu pasti
SAJALI MOHAMAD
25 November 2000
sesekali
selalu
tetap masih tersembunyi
yang dalam diri
seorang wanita
tidak ada
jalan pantas
mengetuk pintu hati
yang bergelar wanita
sesungguhnya kewanitaan itu
nilainya teristimewa
berharga
bukan untuk dipermainkan
untuk mengerti
dalam diri wanita itu
perlulah seseorang itu
membersih dirinya dulu
memahami wanita
harus tau menjawab
teka teki
dan buat menemui jawapan
sukar dan
tidak begitu pasti
SAJALI MOHAMAD
25 November 2000
KITA, SAMA
kita, sama
untuk mengenali kita
yang dapat dilihat
kita, sama
tidak ada beza
berbeza itu
usaha kita
untuk diri sendiri
untuk mudah dikenal
mudah mengingati
kita, sama
SAJALI MOHAMAD
12 april 2001
kampung haji baki
kuching
untuk mengenali kita
yang dapat dilihat
kita, sama
tidak ada beza
berbeza itu
usaha kita
untuk diri sendiri
untuk mudah dikenal
mudah mengingati
kita, sama
SAJALI MOHAMAD
12 april 2001
kampung haji baki
kuching
PENANTIAN
penantian adalah beban yang manis
yang menyempurnakan pertautan harapan
'penantian' tidak pernah
alpa memberi kesedaran
perujian kehidupan
yang mencari jawapan
penantian tetap ujud
walaupun aku telah tiada
kerana penantian yang bagaikan sahabat
yang menunjuk jalan
SAJALI BIN MOHAMAD
20 disember 2001
yang menyempurnakan pertautan harapan
'penantian' tidak pernah
alpa memberi kesedaran
perujian kehidupan
yang mencari jawapan
penantian tetap ujud
walaupun aku telah tiada
kerana penantian yang bagaikan sahabat
yang menunjuk jalan
SAJALI BIN MOHAMAD
20 disember 2001
SURAT KEPADA ISTERIKU YANG TERSAYANG
pagi ini cerah
dan beburung terbang riang
rama-rama membelai bunga
membela hidupnya
senja ini indah
meskipun dalam sekejap
ia menyengat
semuanya
manis
pahitmanis
manispahit
dan aku pun masih
lena memerhati teratai dikolam
memerhati lilin membakar dirinya
SAJALI BIN MOHAMAD
20-Mei-1989
dan beburung terbang riang
rama-rama membelai bunga
membela hidupnya
senja ini indah
meskipun dalam sekejap
ia menyengat
semuanya
manis
pahitmanis
manispahit
dan aku pun masih
lena memerhati teratai dikolam
memerhati lilin membakar dirinya
SAJALI BIN MOHAMAD
20-Mei-1989
BENAR
benar sedang mencari kesahihannya
dalam selut lumpur rusuh
mencari benar
benar
adalah dari banyak salah dan kealpaan
benar itu benar
benar itu dari salah
mencari benar itu benar
bukan satu yang mudah
kerana perkotakkatik itu
pun mencari erti sebenar
benarkah sesuatu itu benar
sungguh
sesungguhnya untuk benar itu
sesuatu yang amat payah
kerana ada gundah
mengujiduga
untuk benar itu betulbetul
benar
SAJALI BIN MOHAMAD
1 april 2006
dalam selut lumpur rusuh
mencari benar
benar
adalah dari banyak salah dan kealpaan
benar itu benar
benar itu dari salah
mencari benar itu benar
bukan satu yang mudah
kerana perkotakkatik itu
pun mencari erti sebenar
benarkah sesuatu itu benar
sungguh
sesungguhnya untuk benar itu
sesuatu yang amat payah
kerana ada gundah
mengujiduga
untuk benar itu betulbetul
benar
SAJALI BIN MOHAMAD
1 april 2006
DALAM SALAHKU, KUCARI MUTIARA BETULKU
dalam salahku, kucari mutiara betulku
untuk menjejak
kewaspadaan yang padu
lalu untuk menginsafi diriku tentang
laguku yang sumbang
dalam salahku, kucari mutiara betulku
dalam payah untuk bertemu
aku pasrah
dalam salahku, kucari mutiara betulku
namun masih
dibalut kalut
SAJALI BIN MOHAMAD
1 april 2007
untuk menjejak
kewaspadaan yang padu
lalu untuk menginsafi diriku tentang
laguku yang sumbang
dalam salahku, kucari mutiara betulku
dalam payah untuk bertemu
aku pasrah
dalam salahku, kucari mutiara betulku
namun masih
dibalut kalut
SAJALI BIN MOHAMAD
1 april 2007
PELANGI
soalan
ujian
pasrah
jawapan
rahmat
ombak laut
keruh jernih
senja
warnawarna
titik titik titik titik titik
koma
SAJALI MOHAMAD
9 april 2001
ujian
pasrah
jawapan
rahmat
ombak laut
keruh jernih
senja
warnawarna
titik titik titik titik titik
koma
SAJALI MOHAMAD
9 april 2001
YANG SEMPAT AKU LIHAT
yang sempat aku lihat
adalah yang masih kabur
namun banyak mengajar aku
untuk mencari yang termampu
memanusia dalam memanusiakan aku
yang sempat aku lihat
aku berdiri tidak tegak
namun bertongkatkan
tandatanya yang tiada noktah
yang sempat aku lihat
orang lalulalang
mengajar aku agar tidak bosan
pada harihari yang berubahubah
SAJALI BIN MOHAMAD
17 disember 2006
adalah yang masih kabur
namun banyak mengajar aku
untuk mencari yang termampu
memanusia dalam memanusiakan aku
yang sempat aku lihat
aku berdiri tidak tegak
namun bertongkatkan
tandatanya yang tiada noktah
yang sempat aku lihat
orang lalulalang
mengajar aku agar tidak bosan
pada harihari yang berubahubah
SAJALI BIN MOHAMAD
17 disember 2006
BERJALAN-JALAN DIKAKI GUNUNG MATANG
berjalan-jalan dikaki gunung matang
hutan dara kebiruan
bayu sepoi menyapa
mengucap kepadaku
apa khabar
selamat datang
berjalan-jalan di kaki gunung matang
ku lihat ada dangau tua
tanaman di sekelilingnya sentiasa muda
lalu berkata aku dalam hati
kalaulah kesempatan ada
untuk bermalam di dangau itu
pertama tentu senja mengusik rasa
tentu senja melahir nostalgia
kemudian
malam sejuk dingin
nyamuk-nyamuk kenyang
dan
tentu ada kenangan
ku bawa pulang di keesukkan
berjalan-jalan di kaki gunung matang
keindahan yang dihidangnya
cukup menyelera
SAJALI MOHAMAD
dikaki gunung matang
5 mac 2001
hutan dara kebiruan
bayu sepoi menyapa
mengucap kepadaku
apa khabar
selamat datang
berjalan-jalan di kaki gunung matang
ku lihat ada dangau tua
tanaman di sekelilingnya sentiasa muda
lalu berkata aku dalam hati
kalaulah kesempatan ada
untuk bermalam di dangau itu
pertama tentu senja mengusik rasa
tentu senja melahir nostalgia
kemudian
malam sejuk dingin
nyamuk-nyamuk kenyang
dan
tentu ada kenangan
ku bawa pulang di keesukkan
berjalan-jalan di kaki gunung matang
keindahan yang dihidangnya
cukup menyelera
SAJALI MOHAMAD
dikaki gunung matang
5 mac 2001
PERTEMUANKU PADAMU
pertemuanku padamu
hanyalah ilusi
kita hanya bertemu lewat sms
kita hanya berbicara lewat telefon
apakah ilusi menjadikan
kita terikat pada
P E R C I N T A A N
sedangkan
pertemuanku padamu
pertemuanmu padaku
sesuatu yang tiada
ilusi sesuatu yang aneh
wajarkah mempersoalkan hati
antara aku dan kau
yang sekadar ber sms
yang sekadar tidak pun sampai
dua puluh minit berbicara lewat di handset
mengapa aku percaya
kau mencintai aku
mengapa kau percaya
aku mencintaimu
lewat tiada P E R T E M U A N
dan sesuatu yang sonsang
SAJALI BIN MOHAMAD
12112006
hanyalah ilusi
kita hanya bertemu lewat sms
kita hanya berbicara lewat telefon
apakah ilusi menjadikan
kita terikat pada
P E R C I N T A A N
sedangkan
pertemuanku padamu
pertemuanmu padaku
sesuatu yang tiada
ilusi sesuatu yang aneh
wajarkah mempersoalkan hati
antara aku dan kau
yang sekadar ber sms
yang sekadar tidak pun sampai
dua puluh minit berbicara lewat di handset
mengapa aku percaya
kau mencintai aku
mengapa kau percaya
aku mencintaimu
lewat tiada P E R T E M U A N
dan sesuatu yang sonsang
SAJALI BIN MOHAMAD
12112006
MUN LOM KU NYAUT AOK
mun lom ku nyaut aok
tunggulah dolok oowwh
ku gik mikir
ku gik nanggar
sik tang terus-terus jak
aku setuju
ney dapat gia
manyak gilak yang tengah
ku fikir masa tok
mun lom ku nyaut aok
sik bereti aku sik jadi
mun lom aku nyaut aok
tunggu jak
aku ngata aok
iboh bingong bah
gik ada masa bah
mun lom aku nyaut aok
kelaklah
SAJALI BIN MOHAMAD
18 mac 2007
tunggulah dolok oowwh
ku gik mikir
ku gik nanggar
sik tang terus-terus jak
aku setuju
ney dapat gia
manyak gilak yang tengah
ku fikir masa tok
mun lom ku nyaut aok
sik bereti aku sik jadi
mun lom aku nyaut aok
tunggu jak
aku ngata aok
iboh bingong bah
gik ada masa bah
mun lom aku nyaut aok
kelaklah
SAJALI BIN MOHAMAD
18 mac 2007
TIDAK PERCAYA, SETELAH PERCAYA
tidak percaya, setelah percaya
yang tidak dipercayai
bukanlah tidak apa-apa
tidak percaya
menaut ruang pertanyaan
kenapa tidak percaya
tidak percaya berlaku
setelah percaya
tidak percaya
itu ragu-ragu
tidak percaya
itu was-was
tidak percaya, setelah percaya
sirna kesan tatkala keyakinan
tidak percaya
apabila tiada bertukar
sesuatu
yang sepatutnya
berubah
tidak percaya, setelah percaya
belum dapat untuk percaya
sesuatu tiada berbekas
percaya dalam percaya
percaya dalam keyakinan
keyakinan dalam iman
iman dalam Arrahman
SAJALI BIN MOHAMAD
9 mei 2001
perpustakaan sukan
stadium perpaduan
kuching
yang tidak dipercayai
bukanlah tidak apa-apa
tidak percaya
menaut ruang pertanyaan
kenapa tidak percaya
tidak percaya berlaku
setelah percaya
tidak percaya
itu ragu-ragu
tidak percaya
itu was-was
tidak percaya, setelah percaya
sirna kesan tatkala keyakinan
tidak percaya
apabila tiada bertukar
sesuatu
yang sepatutnya
berubah
tidak percaya, setelah percaya
belum dapat untuk percaya
sesuatu tiada berbekas
percaya dalam percaya
percaya dalam keyakinan
keyakinan dalam iman
iman dalam Arrahman
SAJALI BIN MOHAMAD
9 mei 2001
perpustakaan sukan
stadium perpaduan
kuching
MUDAH ITU BUKAN MUDAH
mudah itu bukan mudah
untuk mudah
mencari
untuk mudah
mencari itu
bukan mudah
yang dihidang pun
menerimanya pun bukan mudah
bukan senang untuk senang
tidak ada yang mudah
muda akan tua
kadang-kadang tidak
sempat tua
begitu jua
mudah
dan
yang telah dipermudahkan
entah berapa juta kali
terpulas terkandas
barunya mudah
pun bukan mudah
apa yang mudah
tidak ada yang mudah
SAJALI MOHAMAD
11 april 2001
untuk mudah
mencari
untuk mudah
mencari itu
bukan mudah
yang dihidang pun
menerimanya pun bukan mudah
bukan senang untuk senang
tidak ada yang mudah
muda akan tua
kadang-kadang tidak
sempat tua
begitu jua
mudah
dan
yang telah dipermudahkan
entah berapa juta kali
terpulas terkandas
barunya mudah
pun bukan mudah
apa yang mudah
tidak ada yang mudah
SAJALI MOHAMAD
11 april 2001
KEKHUATIRAN DI TAMAN
kekhuatiran ditaman
adalah kewajaran dihati
dengan berhati-hati
setiap yang wajar dialami
kekhuatiran ditaman
jaga dalam diri pasti
yang berubah-ubah
demikianlah
SAJALI BIN MOHAMAD
23 disember 2006
adalah kewajaran dihati
dengan berhati-hati
setiap yang wajar dialami
kekhuatiran ditaman
jaga dalam diri pasti
yang berubah-ubah
demikianlah
SAJALI BIN MOHAMAD
23 disember 2006
PELIK
pelik
biasa
yang pelik-pelik
pun biasa
pelik
sekadar membezakan
pelik
kita yang melucukan
lalu kita ketawa
pada hal
yang kita anggap
pelik itu
adalah biasa
yang diungkap pelik
jadilah ianya
bersifat pelik
tapi
apapun
ia tetap suatu
yang kebiasaan
SAJALI MOHAMAD
14 april 2001
siber cafe
tebingan sungai kuching
biasa
yang pelik-pelik
pun biasa
pelik
sekadar membezakan
pelik
kita yang melucukan
lalu kita ketawa
pada hal
yang kita anggap
pelik itu
adalah biasa
yang diungkap pelik
jadilah ianya
bersifat pelik
tapi
apapun
ia tetap suatu
yang kebiasaan
SAJALI MOHAMAD
14 april 2001
siber cafe
tebingan sungai kuching
KEPADA ANAK-ANAKKU
hari in
ibumu marah dengan kerenahmu
ketika kau ditimang gelombang nanti pun
kembara kuasa marah ibumu
tetap bertenaga
kerana dia ibu kandungmu
anak-anakku
ibumu bukannya marah
dia tidak pernah merasa serik
menyedia bekalan untukmu
dilaut menghadapi gelombang kelak
dan ibumu sama turut bermain ombak
semarah-marah ibumu
dia tetap menydiakan syurga untukmu anak-anakku
kasih ayahmu ini
tidak sesempurna kasih ibumu
SAJALI BIN MOHAMAD
2ogos1990
ibumu marah dengan kerenahmu
ketika kau ditimang gelombang nanti pun
kembara kuasa marah ibumu
tetap bertenaga
kerana dia ibu kandungmu
anak-anakku
ibumu bukannya marah
dia tidak pernah merasa serik
menyedia bekalan untukmu
dilaut menghadapi gelombang kelak
dan ibumu sama turut bermain ombak
semarah-marah ibumu
dia tetap menydiakan syurga untukmu anak-anakku
kasih ayahmu ini
tidak sesempurna kasih ibumu
SAJALI BIN MOHAMAD
2ogos1990
KOSONG BUKANLAH KOSONG
kosong
bukanlah kosong
kosong itu
ada
ada apa-apa
ada pertanyaan
kosong
dipersoalkan
kenapa kosong
kosong
ada jawapan-jawapan
apa yang dalam kosong
KOSONG
kosong itu
bermakna
dan dapat kita rasa
dan
selagi
yang dapat disebut
yang dapat dirasa
bukan kosong
dalam kosong itu
ada keindahan
yang dapat kita rasai
dan dalam kosong itu
bertabur faedah
rezeki ruhani
kosong
perlu difikirkan
dan
seperti bertanya
kenapa ada
yang terbuang
kosong adalah
laluan
berjuta-juta perkara
untuk dicari jawapan
10 april 2001 SAJALI MOHAMAD
bukanlah kosong
kosong itu
ada
ada apa-apa
ada pertanyaan
kosong
dipersoalkan
kenapa kosong
kosong
ada jawapan-jawapan
apa yang dalam kosong
KOSONG
kosong itu
bermakna
dan dapat kita rasa
dan
selagi
yang dapat disebut
yang dapat dirasa
bukan kosong
dalam kosong itu
ada keindahan
yang dapat kita rasai
dan dalam kosong itu
bertabur faedah
rezeki ruhani
kosong
perlu difikirkan
dan
seperti bertanya
kenapa ada
yang terbuang
kosong adalah
laluan
berjuta-juta perkara
untuk dicari jawapan
10 april 2001 SAJALI MOHAMAD
TERATAI
teratai di kolam
betapapun ia mekar
tetap tidak lari
dari janji
teratai
mengungkap
bicara berwarna-warni
24 jun 1990 SAJALI BIN MOHAMAD
betapapun ia mekar
tetap tidak lari
dari janji
teratai
mengungkap
bicara berwarna-warni
24 jun 1990 SAJALI BIN MOHAMAD
JALAN JALAN INI
jalanjalan ini
aku masih sesat
dan terus mampu
meneruskan
perjalanan panjang yang pendek
jalanjalan ini
aku sentiasa
melihat diriku
yang tidak kaku
SAJALI BIN MOHAMAD
17 disember 2006
aku masih sesat
dan terus mampu
meneruskan
perjalanan panjang yang pendek
jalanjalan ini
aku sentiasa
melihat diriku
yang tidak kaku
SAJALI BIN MOHAMAD
17 disember 2006
SURAT UNTUK IS
is
sayangnya
senja terlalu
cepat berlalu
demikian
ombak datang
dan pergi
is
di pinggiran ini
aku pasrah
menanti pasti
is
rindu yang mengamit
menganyam kesetiaanku
sejak sejenak
pertemuan
is
kini aku
terlalu sepi
setelah senja pergi
SAJALI MOHAMAD
26 November 1997
sayangnya
senja terlalu
cepat berlalu
demikian
ombak datang
dan pergi
is
di pinggiran ini
aku pasrah
menanti pasti
is
rindu yang mengamit
menganyam kesetiaanku
sejak sejenak
pertemuan
is
kini aku
terlalu sepi
setelah senja pergi
SAJALI MOHAMAD
26 November 1997
TETAMU HATI
tetamu hati
bicara perasaan
diulit mimpi
tetamu hati
penyeri rasa
merwarnai suasana
senja
pelangi
ombak
SAJALI BIN MOHAMAD
12112006
bicara perasaan
diulit mimpi
tetamu hati
penyeri rasa
merwarnai suasana
senja
pelangi
ombak
SAJALI BIN MOHAMAD
12112006
WANITA YANG DI DEPANKU
wanita yang di depanku
menghadiahkan aku baju kemajuan
mensedekahkan aku seluar yang
panjang langkah
membisikkan padaku usah jadi kalah
dalam pertarungan cabaran
wanita yang didepanku
yang memberi peluang aku
melihat telatah dan kerenah
bersama turun naik nafas
degup jantung yang cepat dan lambat
bersama denyut nadi
di pasarana kehidupan teka-teki
menyerahkan pada aku mencari jawapan
setiap hari
wanita yang didepanku
senyum padaku
mau menyakinkan aku
yang hari-hari yang kulalui
bersama pusingan usiaku
yang mengusik dan menjentik
dengan beban-beban bersama ombak
dan menyedari aku menghargai senja
wanita yang didepanku
lebih hebat dan besar pengorbanannya
dari aku yang kedil ini
kerana naluri kewanitaannya dapat
membaca kecacatan ku dalam segala
lalu menegurku dengan ekor mata
menegurku lewat kelu lidahnya
menasihatkan aku dengan diamnya
mengajarkan aku mengenali erti diri dalam diri
wanita yang didepanku
cukup pitah menghakis segala macam
kerenah yang mengujinya
namun ia tetap berdiri walaupun
ombak deras ia tidak mudah rebah
kerana kepercayaannya tidak mudah patah
walau dipersenda dengan sesuatu yang entah
wanita yang didepanku
cukup bersahaja
namun tidak pernah senghaja
untuk mengenakan aku
supaya menjadi lalai dengan kepura-puraan
SAJALI BIN MOHAMAD
8april2007
menghadiahkan aku baju kemajuan
mensedekahkan aku seluar yang
panjang langkah
membisikkan padaku usah jadi kalah
dalam pertarungan cabaran
wanita yang didepanku
yang memberi peluang aku
melihat telatah dan kerenah
bersama turun naik nafas
degup jantung yang cepat dan lambat
bersama denyut nadi
di pasarana kehidupan teka-teki
menyerahkan pada aku mencari jawapan
setiap hari
wanita yang didepanku
senyum padaku
mau menyakinkan aku
yang hari-hari yang kulalui
bersama pusingan usiaku
yang mengusik dan menjentik
dengan beban-beban bersama ombak
dan menyedari aku menghargai senja
wanita yang didepanku
lebih hebat dan besar pengorbanannya
dari aku yang kedil ini
kerana naluri kewanitaannya dapat
membaca kecacatan ku dalam segala
lalu menegurku dengan ekor mata
menegurku lewat kelu lidahnya
menasihatkan aku dengan diamnya
mengajarkan aku mengenali erti diri dalam diri
wanita yang didepanku
cukup pitah menghakis segala macam
kerenah yang mengujinya
namun ia tetap berdiri walaupun
ombak deras ia tidak mudah rebah
kerana kepercayaannya tidak mudah patah
walau dipersenda dengan sesuatu yang entah
wanita yang didepanku
cukup bersahaja
namun tidak pernah senghaja
untuk mengenakan aku
supaya menjadi lalai dengan kepura-puraan
SAJALI BIN MOHAMAD
8april2007
PADA KETERBATASAN INI
pada keterbatasan ini
aku menjadi kesepian
menjunam dalam kerinduan
pada keterbatasan ini
aku rasa keterasingan
kerana kehilangan
pada keterbatasan ini
aku terpaksa mencari
SAJALI BIN MOHAMAD
16 mac 2007
aku menjadi kesepian
menjunam dalam kerinduan
pada keterbatasan ini
aku rasa keterasingan
kerana kehilangan
pada keterbatasan ini
aku terpaksa mencari
SAJALI BIN MOHAMAD
16 mac 2007
KENAPA
kenapa aku bertanya apabila aku tidak tahu
kenapa aku tidak teringat yang telah berlalu
kenapa aku berkata sebelum habis aku baca
kenapa aku selalu bertanya yang betul itu
wajar ditentukan apakah ianya benar-benar betul
kenapa aku sangsi atas apa-apa yang berlaku
mengenal aku dengan yang baru
kenapa aku masih ragu apabila berpeluang
berbicara terputusputus bersamamu
kenapa aku masih tidak mempercayakan
diriku
SAJALI BIN MOHAMAD
16 disember 2006
kenapa aku tidak teringat yang telah berlalu
kenapa aku berkata sebelum habis aku baca
kenapa aku selalu bertanya yang betul itu
wajar ditentukan apakah ianya benar-benar betul
kenapa aku sangsi atas apa-apa yang berlaku
mengenal aku dengan yang baru
kenapa aku masih ragu apabila berpeluang
berbicara terputusputus bersamamu
kenapa aku masih tidak mempercayakan
diriku
SAJALI BIN MOHAMAD
16 disember 2006
KELAK KITA BERCERITA
kelak kita bercerita
warna-warna yang
mencalar kanvas
senja yang luka
kelak kita bercerita
kenapa kita bercerita
kenapa ada cerita
kelak kita bercerita
tentang
benarkah
sesuatu kewajaran
teka teki
bermain catur
titik titik titik titik titik titik titik
kelak kita bercerita
tentang pautan
kasihsayang itu
benarkah
ia tanda
terima kasih
SAJALI MOHAMAD
4 mei 2001
satok, kuching
warna-warna yang
mencalar kanvas
senja yang luka
kelak kita bercerita
kenapa kita bercerita
kenapa ada cerita
kelak kita bercerita
tentang
benarkah
sesuatu kewajaran
teka teki
bermain catur
titik titik titik titik titik titik titik
kelak kita bercerita
tentang pautan
kasihsayang itu
benarkah
ia tanda
terima kasih
SAJALI MOHAMAD
4 mei 2001
satok, kuching
KEHIDUPAN
tolak campur dharab bahagi
laut ombak pelangi warna
senja
teratai
SAJALI MOHAMAD
2 November 2000
laut ombak pelangi warna
senja
teratai
SAJALI MOHAMAD
2 November 2000
JANJI YANG HILANG
janji yang hilang
diragut keraguan yang kencang
kepercayaan yang telah dicincang
kerana telah tiba-tiba dijajah oleh
perbezaan rasa
lalu segalanya bertukar
menjadi ribut kepalsuan
janji yang hilang
bila tiada ketenangan
sengaja bersahabat dengan keungguan kealpaan
yang bersamanya berkemampuan
menghakis musim-musim kalut
janji yang hilang
telah disunting oleh
kesedaran yang dalam
ketika menunggu
tidak ada apa
yang akan jatuh
SAJALI BIN MOHAMAD
11april2007
diragut keraguan yang kencang
kepercayaan yang telah dicincang
kerana telah tiba-tiba dijajah oleh
perbezaan rasa
lalu segalanya bertukar
menjadi ribut kepalsuan
janji yang hilang
bila tiada ketenangan
sengaja bersahabat dengan keungguan kealpaan
yang bersamanya berkemampuan
menghakis musim-musim kalut
janji yang hilang
telah disunting oleh
kesedaran yang dalam
ketika menunggu
tidak ada apa
yang akan jatuh
SAJALI BIN MOHAMAD
11april2007
ISTERI
isteri
tiap langkah
titipan tanggungjawabmu
tetap dan pasti
berimbuhan pahala
isteri
tiap saat dan ketika
tetap sarat dengan
beban yang manis
yang telah difardukan
syurgalah menanti pasti
sabar dan tabah
isteri menghadapi
tiap keresahan
kerana kerenahan
kehidupan ini
adalah bonus
untuk keselesaan di akhirat
isteri
setiap inci pengorbananmu
dalam berliku
pun dalam ranjau duri
tidaklah sia-sia
berkat dan rahmat dari Allah
tetap kau nikmati
isteri
demikianlah
seperti dijanji
ketika ketelusanmu
lulus diuji
SAJALI MOHAMAD
14 mei 2000
tiap langkah
titipan tanggungjawabmu
tetap dan pasti
berimbuhan pahala
isteri
tiap saat dan ketika
tetap sarat dengan
beban yang manis
yang telah difardukan
syurgalah menanti pasti
sabar dan tabah
isteri menghadapi
tiap keresahan
kerana kerenahan
kehidupan ini
adalah bonus
untuk keselesaan di akhirat
isteri
setiap inci pengorbananmu
dalam berliku
pun dalam ranjau duri
tidaklah sia-sia
berkat dan rahmat dari Allah
tetap kau nikmati
isteri
demikianlah
seperti dijanji
ketika ketelusanmu
lulus diuji
SAJALI MOHAMAD
14 mei 2000
INGIN KU GAPAI AWAN DILANGIT BIRU
ingin ku gapai awan dilangit biru
namun lidah ku kelu
bersama hati yang dibalut rindu
jadilah segalanya bergelut pilu
diketika aku ingin mengembali
musim-musim rasa
aku berada disenja hari
lalu membisik padaku
usah berangan
menitah auracinta dalam arca
lalu aku dikejutkan
bersama kocakan rasa
bahawa tongkatku sudah hilang
payung tidak sempat kusediakan
SAJALI BIN MOHAMAD
18april2007
namun lidah ku kelu
bersama hati yang dibalut rindu
jadilah segalanya bergelut pilu
diketika aku ingin mengembali
musim-musim rasa
aku berada disenja hari
lalu membisik padaku
usah berangan
menitah auracinta dalam arca
lalu aku dikejutkan
bersama kocakan rasa
bahawa tongkatku sudah hilang
payung tidak sempat kusediakan
SAJALI BIN MOHAMAD
18april2007
ENTIAN
semua yang ada
ya entian ajak ya
yalah kita tok
mesti maok nyelepat
ta kitak eh
di junya tok agik ada
juak peluang kitak bedurok
ada diman
kay ngan nangis
kay ngan tetak
di akhirat kelak
sapa nak nulong
mun dirik empun
sik nyedia bekal masa tok
kita semua entian bah
sapalah kita
ney dapat kita nak madah 'saba ajaklah'
ney dapat kita nak madah 'si ngan ngan'
di sinun kelak
ndak kah kita dah masin masin
ngembak nasib dirik
entian toklah dikenang kita
nyelepatlah ngingat
nyedia nok kay bekal ya
mun lupak
gene gaya kita nak balit
ngambiknya
semua ya tinggal
urang-urang tua mensia marek
selalu kita nanggar
dah sidaknya ngenang mati ya
nangis sidaknya koh
nok kay bekal dipikir sidak
cukupkah ndak
nok disuk suk kita di junya tok
entian ajak
siknya dapat nulong kita
di sinun kelak
ngak amal ibadat
amal sedekah jariah
nok bagus bagus di kerja kita
nang disuruh Allah dirik empun
ngan kita ya
ya ajaklah di pakey di sinun
yalah paspot kita kelak
sik dapat dipelente hal tok
bukan nak kay tetak beguro
ney nya maok dipadah
nangada
ingat, Allah sentiasa
ngan kita
di seney jak kita
Allah nanggar, Allah merati
olah tingkah laku kita
nok dipolah kita ya
apa ajak
urang mudak
ingat kitak
nok nama mati sik milih umor
entian agik dijamek Allah umor
junya junya juak
ngan lupak
nyelepat ngingat akhirat
sak idup kita sama-sama berkat
wa'allah hu'a'laam
SAJALI MOHAMAD
15 November 2000
ya entian ajak ya
yalah kita tok
mesti maok nyelepat
ta kitak eh
di junya tok agik ada
juak peluang kitak bedurok
ada diman
kay ngan nangis
kay ngan tetak
di akhirat kelak
sapa nak nulong
mun dirik empun
sik nyedia bekal masa tok
kita semua entian bah
sapalah kita
ney dapat kita nak madah 'saba ajaklah'
ney dapat kita nak madah 'si ngan ngan'
di sinun kelak
ndak kah kita dah masin masin
ngembak nasib dirik
entian toklah dikenang kita
nyelepatlah ngingat
nyedia nok kay bekal ya
mun lupak
gene gaya kita nak balit
ngambiknya
semua ya tinggal
urang-urang tua mensia marek
selalu kita nanggar
dah sidaknya ngenang mati ya
nangis sidaknya koh
nok kay bekal dipikir sidak
cukupkah ndak
nok disuk suk kita di junya tok
entian ajak
siknya dapat nulong kita
di sinun kelak
ngak amal ibadat
amal sedekah jariah
nok bagus bagus di kerja kita
nang disuruh Allah dirik empun
ngan kita ya
ya ajaklah di pakey di sinun
yalah paspot kita kelak
sik dapat dipelente hal tok
bukan nak kay tetak beguro
ney nya maok dipadah
nangada
ingat, Allah sentiasa
ngan kita
di seney jak kita
Allah nanggar, Allah merati
olah tingkah laku kita
nok dipolah kita ya
apa ajak
urang mudak
ingat kitak
nok nama mati sik milih umor
entian agik dijamek Allah umor
junya junya juak
ngan lupak
nyelepat ngingat akhirat
sak idup kita sama-sama berkat
wa'allah hu'a'laam
SAJALI MOHAMAD
15 November 2000
DIPENANTIAN INI
dipenantian ini
dalam diri yang diulit
resah gelisah sepanjang musim
adalah suatu pengasih
yang tidak serik-serik
bercerita
dipenantian ini
aku terjaga daripada mimpi
untuk menunai
beban yang manis
SAJALI BIN MOHAMAD
5 mac 2007
dalam diri yang diulit
resah gelisah sepanjang musim
adalah suatu pengasih
yang tidak serik-serik
bercerita
dipenantian ini
aku terjaga daripada mimpi
untuk menunai
beban yang manis
SAJALI BIN MOHAMAD
5 mac 2007
DI SINI
di sini kini
berlumbalumba
mengejar mimpi ngeri
nyanyian yang tetap sumbang
SAJALI BIN MOHAMAD
29 dis 2006
berlumbalumba
mengejar mimpi ngeri
nyanyian yang tetap sumbang
SAJALI BIN MOHAMAD
29 dis 2006
PERLABUHAN WAKTU
di perlabuhan wakti ini
menguji kesetiaan kerinduan seusia senja
menguji kepastian pasrah
diperlabuhan waktu ini
cukup singkat untuk berbicara
kerana pembaziran diambil kira
untuk menguji
apakah janji-janji terlaksana
diperlabuhan waktu ini
diperkenan sebuah pengertian
bahawa ombakduga
memasyhurkan kehidupan
yang banyak pertanyaan
untuk dijawab
SAJALI BIN MOHAMAD
22feb2008
menguji kesetiaan kerinduan seusia senja
menguji kepastian pasrah
diperlabuhan waktu ini
cukup singkat untuk berbicara
kerana pembaziran diambil kira
untuk menguji
apakah janji-janji terlaksana
diperlabuhan waktu ini
diperkenan sebuah pengertian
bahawa ombakduga
memasyhurkan kehidupan
yang banyak pertanyaan
untuk dijawab
SAJALI BIN MOHAMAD
22feb2008
KEPADA WANITA
kau adalah
pemulih setiap
perlakuan sia-sia
dan kau jualah
memaknakan segala
atas dasar kebenaran
atas dasar kecintaanmu
tidak berubah
tidak gundah
segalanya berdandan indah
keindahan adalah milikmu
penguji dalam diri
untuk mengadili
keikhlasan hati
setiap insani
kau tidak mudah melatah
ketika disenda kepalsuan
diselekoh nan berliku
kerana rahmat kematanganmu
kau tidak mudah patah
kerana harga dirimu
menambat setiap yang benar
menyisih kepalsuan
demikian
beban manis yang berat
kau tanggung
setiap saat setiap ketika
memuliakan kemertabatanmu
di dunia dan di akhirat
SAJALI MOHAMAD
14 Mei 2000
Kuching
pemulih setiap
perlakuan sia-sia
dan kau jualah
memaknakan segala
atas dasar kebenaran
atas dasar kecintaanmu
tidak berubah
tidak gundah
segalanya berdandan indah
keindahan adalah milikmu
penguji dalam diri
untuk mengadili
keikhlasan hati
setiap insani
kau tidak mudah melatah
ketika disenda kepalsuan
diselekoh nan berliku
kerana rahmat kematanganmu
kau tidak mudah patah
kerana harga dirimu
menambat setiap yang benar
menyisih kepalsuan
demikian
beban manis yang berat
kau tanggung
setiap saat setiap ketika
memuliakan kemertabatanmu
di dunia dan di akhirat
SAJALI MOHAMAD
14 Mei 2000
Kuching
GADIS
keayuanmu
memertabatkan kewanitaan
bicaramu
setulus hatimu
lembut lunak suaramu
adalah
keikhlasan nan mewangi
kesetiaan yang harum
faham dan mengertimu
adalah lembing yang menangkis
kepalsuan cinta
segala kepura-puraan
membisumu
kerana jauh pandanganmu
menjunjung kesucian
kecemburuanmu
menyubur mindamu
menjadikan dirimu
seorang pemikir agung
dan
dirimu
dihormati
disegani
ketika patah-patah katamu
menitah
insan
berfikir
SAJALI MOHAMAD
7 April 2000
memertabatkan kewanitaan
bicaramu
setulus hatimu
lembut lunak suaramu
adalah
keikhlasan nan mewangi
kesetiaan yang harum
faham dan mengertimu
adalah lembing yang menangkis
kepalsuan cinta
segala kepura-puraan
membisumu
kerana jauh pandanganmu
menjunjung kesucian
kecemburuanmu
menyubur mindamu
menjadikan dirimu
seorang pemikir agung
dan
dirimu
dihormati
disegani
ketika patah-patah katamu
menitah
insan
berfikir
SAJALI MOHAMAD
7 April 2000
SAJAK SIK BERTAJUK
sajak sik betajuk
nang aku mikir tentang nya ajak-ajak
kerna nya maok nengar
aku bekelakar
nya kelakar
aku kelakar
cerita tok cerita ya
begialah
ajak ajak
arap sik ada
nok pelek pelek
nengel
rah kamek duak
masa suk becerita
arap keadaan
sik nyuruh
mek duak leput
SAJALI MOHAMAD
19 april 2006
nang aku mikir tentang nya ajak-ajak
kerna nya maok nengar
aku bekelakar
nya kelakar
aku kelakar
cerita tok cerita ya
begialah
ajak ajak
arap sik ada
nok pelek pelek
nengel
rah kamek duak
masa suk becerita
arap keadaan
sik nyuruh
mek duak leput
SAJALI MOHAMAD
19 april 2006
DAN MALAM INI
dan malam ini
resah pun beristirehat
perasaan disenda warna-warna
dan malam ini
kita tidak menghayati
malam dengan seadil-adilnya
kerana demikianlah kita
dan malam ini
tidak bernama malam bagi kita
kerana kita masih mampu
bebicara tentang beburung
berbicara tentang waktu
berjalan
5ogos1990 SAJALI BIN MOHAMAD
resah pun beristirehat
perasaan disenda warna-warna
dan malam ini
kita tidak menghayati
malam dengan seadil-adilnya
kerana demikianlah kita
dan malam ini
tidak bernama malam bagi kita
kerana kita masih mampu
bebicara tentang beburung
berbicara tentang waktu
berjalan
5ogos1990 SAJALI BIN MOHAMAD
SEKALI AIR BAH
sekali air bah
lama dan baru berbaur
namun tidak bersatu
sekali air bah
membetul yang khilaf
memghurai yang kusut
sekali air bah
mencerna tingkah
sekali air bah
uji duga
jawapan berubah
pada persoalan yang sama
tertunaikah janji?
berubahkah?
SAJALI MOHAMAD
17 mac 2001
tebingan sungai
kuching
lama dan baru berbaur
namun tidak bersatu
sekali air bah
membetul yang khilaf
memghurai yang kusut
sekali air bah
mencerna tingkah
sekali air bah
uji duga
jawapan berubah
pada persoalan yang sama
tertunaikah janji?
berubahkah?
SAJALI MOHAMAD
17 mac 2001
tebingan sungai
kuching
AKU CINTA PADAMU
AKU CINTA PADAMU
aku cinta padamu
adalah kalimah sakti
madah bistari
aku cinta padamu
ia bukan sendagurauan
ia bukan igauan mimpi cuma
aku cinta padamu
adalah nawaitu
yang padu
yang perlu dipertanggungjawabkan
aku cinta padamu
adalah ibadah
adalah amanah
adalah beban yang manis
adalah pengorbanan
aku cinta padamu
gabungan rasa dan nikmat
menyampaikan hasrat
aku cinta padamu
SAJALI MOHAMAD
jam 7:15 pagi
26 disember 2000
aku cinta padamu
adalah kalimah sakti
madah bistari
aku cinta padamu
ia bukan sendagurauan
ia bukan igauan mimpi cuma
aku cinta padamu
adalah nawaitu
yang padu
yang perlu dipertanggungjawabkan
aku cinta padamu
adalah ibadah
adalah amanah
adalah beban yang manis
adalah pengorbanan
aku cinta padamu
gabungan rasa dan nikmat
menyampaikan hasrat
aku cinta padamu
SAJALI MOHAMAD
jam 7:15 pagi
26 disember 2000
DI TERMINAL INI
diterminal ini
yang banyak ranjau dan duri
ombak semakin mengganas menceritakan
tentang tambah, tolak, dharab dan bahagi
diterminal ini
dalam kakuku
aku bertatih
mencari suci dalam debu
yang memberatkan bebanan
persinggahan yang sekadar dipinggiran ini
sesungguhnya diterminal ini
menuntut sedar dalam diri
menuntut sabar dan tabah
menghimpun kefarduan
untuk menghadapi kejutan noktah
disini, diterminal ini
akulah setia menanti
kbabar-khabar dari keterasingan rasa
yang membelenggu dalam diri
bersama degup jantung dan denyut nadi
diterminal ini
yang amat kabur
pada panjang dan pendeknya disini
menitah aku pasrah
disaksikan entah
diterminal ini
berhimpun soalan-soalan
ujian yang jawapannya tidak pernah tepat
tidak pernah sempurna
tidak dapat disempurnakan
seperti yang diperlukan setiap kali
diterminal ini
yang berlebuhraya nan berliku
mengajar erti
kesesatan-kesesatan yang perlu dipertanggungjawabkan
kerana banyak tuntutan-tuntutan
yang sambung menyambung
diterminal yang ditempuhi ini
kadang-kadang ceritanya ngeri
namun sarat dengan pengertian
sarat dengan kekuatiran
yang aku adalah pelakonnya
diterminal ini
perhimpunanrasa yang besar
mencabar
dalam kekerdilan diri
percambahan minda
kemana selepas ini
atau terus dapat
menjejak episod-episod percintaan
SAJALI BIN MOHAMAD
1 mac 2007
yang banyak ranjau dan duri
ombak semakin mengganas menceritakan
tentang tambah, tolak, dharab dan bahagi
diterminal ini
dalam kakuku
aku bertatih
mencari suci dalam debu
yang memberatkan bebanan
persinggahan yang sekadar dipinggiran ini
sesungguhnya diterminal ini
menuntut sedar dalam diri
menuntut sabar dan tabah
menghimpun kefarduan
untuk menghadapi kejutan noktah
disini, diterminal ini
akulah setia menanti
kbabar-khabar dari keterasingan rasa
yang membelenggu dalam diri
bersama degup jantung dan denyut nadi
diterminal ini
yang amat kabur
pada panjang dan pendeknya disini
menitah aku pasrah
disaksikan entah
diterminal ini
berhimpun soalan-soalan
ujian yang jawapannya tidak pernah tepat
tidak pernah sempurna
tidak dapat disempurnakan
seperti yang diperlukan setiap kali
diterminal ini
yang berlebuhraya nan berliku
mengajar erti
kesesatan-kesesatan yang perlu dipertanggungjawabkan
kerana banyak tuntutan-tuntutan
yang sambung menyambung
diterminal yang ditempuhi ini
kadang-kadang ceritanya ngeri
namun sarat dengan pengertian
sarat dengan kekuatiran
yang aku adalah pelakonnya
diterminal ini
perhimpunanrasa yang besar
mencabar
dalam kekerdilan diri
percambahan minda
kemana selepas ini
atau terus dapat
menjejak episod-episod percintaan
SAJALI BIN MOHAMAD
1 mac 2007
SAHAMKU YANG JATUH
sahamku yang jatuh
adalah aku yang utuh
demikian aku pasrah
sahamku yang jatuh
adalah ketidaksempurnaan diriku
yang berdiri
sahamku yang jatuh
dan aku tetap sedar
akulah begitu
seterusnya
sahamku yang jatuh
menjadi aku sentiasa
tidak lupa mencari
diri dalam diri
sahamku yang jatuh
aku adalah menanti
SAJALI BIN MOHAMAD
19 disember 2006
adalah aku yang utuh
demikian aku pasrah
sahamku yang jatuh
adalah ketidaksempurnaan diriku
yang berdiri
sahamku yang jatuh
dan aku tetap sedar
akulah begitu
seterusnya
sahamku yang jatuh
menjadi aku sentiasa
tidak lupa mencari
diri dalam diri
sahamku yang jatuh
aku adalah menanti
SAJALI BIN MOHAMAD
19 disember 2006
SENJA-SENJA BEGINI
senja-senja begini
banyak yang mesti ditinggal
bersama pertaruhan lupa
senja-senja begini
tiada sedar menghitung hari
hari yang sudah
senja-senja begini
banyak sudah yang terhakis
dalam diri
senja-senja begini
noktah adalah tetamu
yang dinanti
SAJALI MOHAMAD
13 julai 2005
banyak yang mesti ditinggal
bersama pertaruhan lupa
senja-senja begini
tiada sedar menghitung hari
hari yang sudah
senja-senja begini
banyak sudah yang terhakis
dalam diri
senja-senja begini
noktah adalah tetamu
yang dinanti
SAJALI MOHAMAD
13 julai 2005
DEMI KECINTAAN INI
demi kecintaan ini
kuharungi likuliku
hanya bersamamu
menyambung perjalanan
demi kecintaan ini
kita berbicara
tentang ombak
yang samasama
kita harungi
lalu
pautan yang kental
yang kita bina
tetap kita jaga
demi kecintaan ini
SAJALI BIN MOHAMAD
15mac2004
kuharungi likuliku
hanya bersamamu
menyambung perjalanan
demi kecintaan ini
kita berbicara
tentang ombak
yang samasama
kita harungi
lalu
pautan yang kental
yang kita bina
tetap kita jaga
demi kecintaan ini
SAJALI BIN MOHAMAD
15mac2004
HATI WANITA
hati wanita
besi berani
telus suci
ikhlas murni
terang dalam gelap
melihat yang
tidak nampak
hati wanita
berubah
bila kepercayaannya
pupus dan musnah
ketika
dipersenda dan dipermainkan
hati wanita
bukan palsu
bukan pembohongan
bukan memungkiri
hati wanita
adalah hati-hati
dan sejati
bernilai
tidak mudah dibeli
dengan kata-kata
nan tanpa asas yang kukuh
hati wanita
untuk segala janji suci
menyuburi yang
kering kontang
hati wanita
kiasannya amat berharga
peringatan kepada yang lupa
menjana pemikiran berdarjat
kearah kesempurnaan
kehidupan
sepanjang hayat
hati wanita
menjadikan insan
mengerti dalam diri
membasmi buta-tuli
dan buat mengerti dan memahami
bahawa setiap pengorbanan
bukanlah sia-sia
SAJALI MOHAMAD
8 November 2000
besi berani
telus suci
ikhlas murni
terang dalam gelap
melihat yang
tidak nampak
hati wanita
berubah
bila kepercayaannya
pupus dan musnah
ketika
dipersenda dan dipermainkan
hati wanita
bukan palsu
bukan pembohongan
bukan memungkiri
hati wanita
adalah hati-hati
dan sejati
bernilai
tidak mudah dibeli
dengan kata-kata
nan tanpa asas yang kukuh
hati wanita
untuk segala janji suci
menyuburi yang
kering kontang
hati wanita
kiasannya amat berharga
peringatan kepada yang lupa
menjana pemikiran berdarjat
kearah kesempurnaan
kehidupan
sepanjang hayat
hati wanita
menjadikan insan
mengerti dalam diri
membasmi buta-tuli
dan buat mengerti dan memahami
bahawa setiap pengorbanan
bukanlah sia-sia
SAJALI MOHAMAD
8 November 2000
DI WAJAH MONITOR
diwajah monitor
kucantum huruf-huruf
menjadi perkataan
perkataan menjadi ayat
diwajah monitor
menjelma wajah ayu
dengan senyumannya
melirik kearahku
wajahnya dan wajahku
bertemu
jejariku semakin cepat dan ligat
mematuhi arahan mindaku
menurun sketsa yang
mencalar keputihan
warna monitor
dengan bicara-bicara dan arca cinta
mencari dan mencari akan kewajaran
ketecalaran percambahan rasa
SAJALI BIN MOHAMAD
6 mei 2006
kucantum huruf-huruf
menjadi perkataan
perkataan menjadi ayat
diwajah monitor
menjelma wajah ayu
dengan senyumannya
melirik kearahku
wajahnya dan wajahku
bertemu
jejariku semakin cepat dan ligat
mematuhi arahan mindaku
menurun sketsa yang
mencalar keputihan
warna monitor
dengan bicara-bicara dan arca cinta
mencari dan mencari akan kewajaran
ketecalaran percambahan rasa
SAJALI BIN MOHAMAD
6 mei 2006
BINGONG
bingong
bingong ini mentadbirkan hati dan perasaanku
jadi tertinggal jauh dalam kegersangan rasa
kerana dianyam resah
yang mengujikan diriku
aku tidak pasti kenapa aku melayan
yang tidak memberi makna
dan mengapa pulak aku jadi bertanya semula
yang sudah pasti
kebingongan ini menjerat aku
dari kebiasaan kepada
keserbasalahan
SAJALI BIN MOHAMAD
30april2007
bingong ini mentadbirkan hati dan perasaanku
jadi tertinggal jauh dalam kegersangan rasa
kerana dianyam resah
yang mengujikan diriku
aku tidak pasti kenapa aku melayan
yang tidak memberi makna
dan mengapa pulak aku jadi bertanya semula
yang sudah pasti
kebingongan ini menjerat aku
dari kebiasaan kepada
keserbasalahan
SAJALI BIN MOHAMAD
30april2007
BENARKAH
benarkah
semua yang ada
ada cerita
tak semua yang mengerti
benarkah
yang tiada
ada cerita
tak semua yang mengerti
benarkah
yang salah itu kadang-kadang betul
yang betul itu kadang-kadang salah
benarkah
12jan1980 SAJALI BIN MOHAMAD
semua yang ada
ada cerita
tak semua yang mengerti
benarkah
yang tiada
ada cerita
tak semua yang mengerti
benarkah
yang salah itu kadang-kadang betul
yang betul itu kadang-kadang salah
benarkah
12jan1980 SAJALI BIN MOHAMAD
BELANTARA RESAH
belantara resah
terus menguji diri
hari-hari yang bertaut
pada penantian
yang tiada pasti
belantara resah
mencari tabah
dari timbunan gundah
untuk menambah
kedewasaan ini
agar menjadi manis
untuk dihayati
25-9-1990 SAJALI BIN MOHAMAD
terus menguji diri
hari-hari yang bertaut
pada penantian
yang tiada pasti
belantara resah
mencari tabah
dari timbunan gundah
untuk menambah
kedewasaan ini
agar menjadi manis
untuk dihayati
25-9-1990 SAJALI BIN MOHAMAD
ARI TOK
ari tok
sik kedak
jaman menseya marek
ari tok
lalek nembiak kinek tok nengar
dapat meli barang
rega setengah sen
gula pasir seposen sekati
tok cerita ari mulut nenek
sekolah encari mbiak
kay cikgu ajar
opis encari urang kay kerja
cerita urang tua mek
nisik bekasut boleh
turun sekolah
nembiak main rah pintu sekolah
kata cikgu 'mun kitak ingin belajar masuk ajak'
bah lalu nembiak ya tadi masuk
start sekolahlah nya ari ya
cerita nenek kamek
jaman sidaknya
jaman menseya marek
tutur nenek kamek lah
diingat kamek
pernah terlintas difikiran kamek
gene mun kamek udah ada masa ya
jadi pelakon nok dicerita nenek
kah kamek kedirik empun
marek
ney ada van sekolah
ney ada bas sekolah
manyak agik eh...
cerita-cerita urang tua
suk juak ati nengar
yalah diperturun disituk
kedung agik dapat nyelepat
lom babo
ngingat cerita-cerita nenek
asil nanyak ngan orang tua kamek juak
hal dolok marek
mun nak diputit
tebal buk dipolah
jadi udah ya tek
mun sik ada dolok marek
sik ada ari tok
ari tok
ibuh lain
sebesar-besar dunia tok dah ada lam umah
sal ketek jak suis
klik jak nok dimaok
kinek komputer ya madah
terusnya nurun ilmu ngan kita
ngak pekerasnya
bil tipon nait
bil letrik tinggi
ya baruk cerita bekomputer dirumah
lom agik nok lain lain
ari tok taun dua ribu
disebut juak alaf baru
serba serbi ada
semua bejalan atas duit
syukur ku ngan Tuhan
nyamek aku umur
dapat nemu nok senang gilak
kedak ari tok
mun isuk
entah kedak ney kah
agik upa
nok kay nyenang idup
sidak nembiak-nembiak tok
dah senang
senang agik
yalah
udah kamek bekenang
urang dolok dolok
sik sempat nemu
macam kinek tok
rasa sedih ada juak
19 November 2000 SAJALI MOHAMAD
sik kedak
jaman menseya marek
ari tok
lalek nembiak kinek tok nengar
dapat meli barang
rega setengah sen
gula pasir seposen sekati
tok cerita ari mulut nenek
sekolah encari mbiak
kay cikgu ajar
opis encari urang kay kerja
cerita urang tua mek
nisik bekasut boleh
turun sekolah
nembiak main rah pintu sekolah
kata cikgu 'mun kitak ingin belajar masuk ajak'
bah lalu nembiak ya tadi masuk
start sekolahlah nya ari ya
cerita nenek kamek
jaman sidaknya
jaman menseya marek
tutur nenek kamek lah
diingat kamek
pernah terlintas difikiran kamek
gene mun kamek udah ada masa ya
jadi pelakon nok dicerita nenek
kah kamek kedirik empun
marek
ney ada van sekolah
ney ada bas sekolah
manyak agik eh...
cerita-cerita urang tua
suk juak ati nengar
yalah diperturun disituk
kedung agik dapat nyelepat
lom babo
ngingat cerita-cerita nenek
asil nanyak ngan orang tua kamek juak
hal dolok marek
mun nak diputit
tebal buk dipolah
jadi udah ya tek
mun sik ada dolok marek
sik ada ari tok
ari tok
ibuh lain
sebesar-besar dunia tok dah ada lam umah
sal ketek jak suis
klik jak nok dimaok
kinek komputer ya madah
terusnya nurun ilmu ngan kita
ngak pekerasnya
bil tipon nait
bil letrik tinggi
ya baruk cerita bekomputer dirumah
lom agik nok lain lain
ari tok taun dua ribu
disebut juak alaf baru
serba serbi ada
semua bejalan atas duit
syukur ku ngan Tuhan
nyamek aku umur
dapat nemu nok senang gilak
kedak ari tok
mun isuk
entah kedak ney kah
agik upa
nok kay nyenang idup
sidak nembiak-nembiak tok
dah senang
senang agik
yalah
udah kamek bekenang
urang dolok dolok
sik sempat nemu
macam kinek tok
rasa sedih ada juak
19 November 2000 SAJALI MOHAMAD
APALAH JADI PADAKU
apalah jadi padaku
yang telah didera
oleh kesempitan waktu
apalah jadi padaku
tidak pandai berlagu
sekadar bijak melayani
kerenah keresahan
apalah jadi padaku
yang telah tidak tahu apa-apa
yang tidak dapat memenuhi
untuk mengunyah rahmat
apalah jadi padaku
dibelenggu ketiadaksampaian rindu
ketidaksampaian untuk pengucapan
kata-kata indah
apalah jadi padaku
apabila lidahku menjadi kelu
bila berhadapan denganmu
270907 SAJALI BIN MOHAMAD
yang telah didera
oleh kesempitan waktu
apalah jadi padaku
tidak pandai berlagu
sekadar bijak melayani
kerenah keresahan
apalah jadi padaku
yang telah tidak tahu apa-apa
yang tidak dapat memenuhi
untuk mengunyah rahmat
apalah jadi padaku
dibelenggu ketiadaksampaian rindu
ketidaksampaian untuk pengucapan
kata-kata indah
apalah jadi padaku
apabila lidahku menjadi kelu
bila berhadapan denganmu
270907 SAJALI BIN MOHAMAD
APAKAH?
apakah
birunya perasaanku
boleh menautkan
sekeping hati
yang sering kurindui
apakah
hanya perasaan yang memahami perasaan
itu benar?
SAJALI BIN MOHAMAD
30 jun 2006
birunya perasaanku
boleh menautkan
sekeping hati
yang sering kurindui
apakah
hanya perasaan yang memahami perasaan
itu benar?
SAJALI BIN MOHAMAD
30 jun 2006
ADA YANG TAK KENA
berdirilah kerana
untuk mempastikan
ulang-alik
ada yang tak kena
kerana tak kena
muram dan sugul
menjemput tawwakal
ada yang tak kena
kerana masih kurang
kekosongan ruang
mengamit sebuah kasih
ada yang tak kena
bukanlah amin
kerana pengertian masih
kelam-kabut
ada yang tak kena
dakaplah sabar
kecundang diawang-awang
masih bererti
2julai1990 SAJALI BIN MOHAMAD
untuk mempastikan
ulang-alik
ada yang tak kena
kerana tak kena
muram dan sugul
menjemput tawwakal
ada yang tak kena
kerana masih kurang
kekosongan ruang
mengamit sebuah kasih
ada yang tak kena
bukanlah amin
kerana pengertian masih
kelam-kabut
ada yang tak kena
dakaplah sabar
kecundang diawang-awang
masih bererti
2julai1990 SAJALI BIN MOHAMAD
TETAMU HATI
tetamu hati
bicara perasaan
diulit mimpi
tetamu hati
penyeri rasa
merwarnai suasana
senja
pelangi
ombak
SAJALI BIN MOHAMAD
12112006
bicara perasaan
diulit mimpi
tetamu hati
penyeri rasa
merwarnai suasana
senja
pelangi
ombak
SAJALI BIN MOHAMAD
12112006
AKU
maafkan aku,kerana terlalu mudah dan cepat lupa
dan banyak membuangkan masa mengingati
dimana kita pernah berjumpa
aku adalah betul, kerana aku tidak sempurna
aku adalah betul, kerana orang bertanya semula
setelah aku ucapkan
aku, adalah betul, kerana aku seorang pelupa
aku tetap aku, apabila aku bagaikan siput
ketika hendak memberi respon….
aku betul, kerana berada dalam kecacatan
aku betul, bila tidak semestinya aku lena
dalam keterasingan
SAJALI BIN MOHAMAD
16 disember 2006
dan banyak membuangkan masa mengingati
dimana kita pernah berjumpa
aku adalah betul, kerana aku tidak sempurna
aku adalah betul, kerana orang bertanya semula
setelah aku ucapkan
aku, adalah betul, kerana aku seorang pelupa
aku tetap aku, apabila aku bagaikan siput
ketika hendak memberi respon….
aku betul, kerana berada dalam kecacatan
aku betul, bila tidak semestinya aku lena
dalam keterasingan
SAJALI BIN MOHAMAD
16 disember 2006
KU PANGGIL DIA SAYANG iii
kui panggil dia sayang
kerana pautan rasa yang amat kuat
mendegup jantungku
lalu menghuni kamar hatiku
kupanggil dia sayang
kerana pengertiannya terhadapku
sehingga menyucuk kalbu
beranyam rindu
kupanggil dia sayang
kerana AKU TELAH JATUH CINTA
padanya yang rela dan redha
bergayut dalam kerenahku
kupanggil dia sayang
kerana aku dan dia kini
sepasang kekasih
yg tak ingin sendiri lagi
kupanggil dia sayang
sampai pejam mataku
ketika aku dan dia
tidak dapat bertemu
SAJALI BIN MOHAMAD
10082007
kerana pautan rasa yang amat kuat
mendegup jantungku
lalu menghuni kamar hatiku
kupanggil dia sayang
kerana pengertiannya terhadapku
sehingga menyucuk kalbu
beranyam rindu
kupanggil dia sayang
kerana AKU TELAH JATUH CINTA
padanya yang rela dan redha
bergayut dalam kerenahku
kupanggil dia sayang
kerana aku dan dia kini
sepasang kekasih
yg tak ingin sendiri lagi
kupanggil dia sayang
sampai pejam mataku
ketika aku dan dia
tidak dapat bertemu
SAJALI BIN MOHAMAD
10082007
BAHASA RASA
bahasa rasa
berbicaralah rasa bersama rasa
tanpa catatan-catatan
namun tidak luka dan melukai
dan tidak pernah terlupa segala apa
bahasa rasa tetap berbicara
dalam suasana baur berwarna
menjentik pautan lebuhraya perasaan
bahasa rasa menembusi jauh ke dalam
berbalas bicara dalam tenang
tanpa kata-kata
tiada kedengaran apa-apa
bukan suatu taman rahsia
ditambat pada faham dan mengerti
tiada bahasa badan tiada anggukan kepala
bahasa rasa
segar mekar
walau didaerah pahitgetir gelisah
tanpa resah tanpa gundah
pada memungkinkan pemunggahan
jawapan tepat
pada jawapan dalam jawapan
dari pertanyaan dalam pertanyaan
bahasa rasa
tidak getar
pada ribut taufan
pada tsunami
pada ombak besar
berbahasalah bahasa rasa
dengan cukup tabah
pada usik keadaan
pada bicara yang
mencari pengertian dalam pengertian
bahasa rasa yang tiada kalimat
tidak semudah untuk dimengertikan
dalam keadaan lalulalang
dalam cepat dan mudah
kerana ia bukan bicara yang biasa biasa
bahasa rasa
adalah penggubah dalam diam
penangguhan dalam pencarian
segala gelodak rasa
segala yang merusuh minda
tanpa mengusik pasrah
bahasa rasa
bukan pengusik perasaan
bukan bahasa dalam
sekadar hanya berasal dari dalam diri
cetusan naluri
mengungkap pengertian
dari perenungan yang jauh
kerana ia berbicara dengan usikan mesra
dan manja
rasa dengan rasa
yang tidak pernah berbohong
bahasa rasa
tidak pernah mungkir
tidak lut dalam sindir
tidak kemas walau disisir
namun bukan istana pasir
kerana kekebalan
yang sukar terhakis
dari tahta jujur ikhlas
demikian bahasa rasa
yang cukup tua
yang loghat-loghatnya
dapat dirasa dan diguna setiap masa
dimukim perasaan
22mac2008 SAJALI BIN MOHAMAD
berbicaralah rasa bersama rasa
tanpa catatan-catatan
namun tidak luka dan melukai
dan tidak pernah terlupa segala apa
bahasa rasa tetap berbicara
dalam suasana baur berwarna
menjentik pautan lebuhraya perasaan
bahasa rasa menembusi jauh ke dalam
berbalas bicara dalam tenang
tanpa kata-kata
tiada kedengaran apa-apa
bukan suatu taman rahsia
ditambat pada faham dan mengerti
tiada bahasa badan tiada anggukan kepala
bahasa rasa
segar mekar
walau didaerah pahitgetir gelisah
tanpa resah tanpa gundah
pada memungkinkan pemunggahan
jawapan tepat
pada jawapan dalam jawapan
dari pertanyaan dalam pertanyaan
bahasa rasa
tidak getar
pada ribut taufan
pada tsunami
pada ombak besar
berbahasalah bahasa rasa
dengan cukup tabah
pada usik keadaan
pada bicara yang
mencari pengertian dalam pengertian
bahasa rasa yang tiada kalimat
tidak semudah untuk dimengertikan
dalam keadaan lalulalang
dalam cepat dan mudah
kerana ia bukan bicara yang biasa biasa
bahasa rasa
adalah penggubah dalam diam
penangguhan dalam pencarian
segala gelodak rasa
segala yang merusuh minda
tanpa mengusik pasrah
bahasa rasa
bukan pengusik perasaan
bukan bahasa dalam
sekadar hanya berasal dari dalam diri
cetusan naluri
mengungkap pengertian
dari perenungan yang jauh
kerana ia berbicara dengan usikan mesra
dan manja
rasa dengan rasa
yang tidak pernah berbohong
bahasa rasa
tidak pernah mungkir
tidak lut dalam sindir
tidak kemas walau disisir
namun bukan istana pasir
kerana kekebalan
yang sukar terhakis
dari tahta jujur ikhlas
demikian bahasa rasa
yang cukup tua
yang loghat-loghatnya
dapat dirasa dan diguna setiap masa
dimukim perasaan
22mac2008 SAJALI BIN MOHAMAD
KUNTUM-KUNTUM KASIH
kuntum-kuntum kasih
yang kupetik
dari suara hati yang resah
mencari arah kelebuhraya
yang panjang
untuk menuai harapan
kuntum-kuntum kasihku
yang menyelusuri
simpang-simpang tanda-tanya hati
bagaimana untuk kuteruskan
perjalanan ini
yang masih ada ranjau duri
kuntum-kuntum kasih
yang berputik ini
banyak menguji ketabahanku
tentang menghadapi makna
hari-hariku yang panjang
untuk menuai kebahagiaan
kuntum-kuntum kasihku ini
adalah bebanku yang manis
5:42 pagi SAJALI BIN MOHAMAD
3 mac 2008
yang kupetik
dari suara hati yang resah
mencari arah kelebuhraya
yang panjang
untuk menuai harapan
kuntum-kuntum kasihku
yang menyelusuri
simpang-simpang tanda-tanya hati
bagaimana untuk kuteruskan
perjalanan ini
yang masih ada ranjau duri
kuntum-kuntum kasih
yang berputik ini
banyak menguji ketabahanku
tentang menghadapi makna
hari-hariku yang panjang
untuk menuai kebahagiaan
kuntum-kuntum kasihku ini
adalah bebanku yang manis
5:42 pagi SAJALI BIN MOHAMAD
3 mac 2008
MAKNA
makna yang bermakna yang panjang lebar
bermacammacam semuanya sama
semuanya tidak sama
dan cerita yang berbezabeza dan
tidak habishabis
ia jadi saling wajar dipercayai
ia jadi tidak bermakna sama sekali
kerana tidak ada masa untuk
mencungkil makna
makna jadi bermakna kerana
ada makna
tiada makna
memang bermkna
carilah maknanya
SAJALI BIN MOHAMAD
16 disember 2006
bermacammacam semuanya sama
semuanya tidak sama
dan cerita yang berbezabeza dan
tidak habishabis
ia jadi saling wajar dipercayai
ia jadi tidak bermakna sama sekali
kerana tidak ada masa untuk
mencungkil makna
makna jadi bermakna kerana
ada makna
tiada makna
memang bermkna
carilah maknanya
SAJALI BIN MOHAMAD
16 disember 2006
DALAM JAWAPAN ADA PERTANYAAN
dalam jawapan ada pertanyaan
kerana ada kesangsian pada jawapan
ada perkara yang berlaku
daripada jawapan
pun ada perkara yang tidak akan berlaku
daripada jawapan
jawapan yang betul dan telus
jawapan yang ikhlas dan sahih
jawapan yang benar dan tepat
jawapan dalam jawapan
bukan jawapan kepada jawapan
bukan jawapan kepada soalan
dalam jawapan ada pertanyaan
kerana
jawapan yang berbeza-beza
tepatnya jawapan jua berbeza-beza
tidak tahu jawapan
berbeza jawapannya
dalam jawapan ada pertanyaan
kerana setiap jawapan
ada kebertanggungjawapan
ada amanah
yang perlu diselesaikan
dalam jawapan ada pertanyaan
adalah jawapan yang
ikhlas
tepat
telus
benar
betul
sahih
terusterang
berbudi
santun dan sopan
jawapan yang salah
dalam jawapan ada pertanyaan
itulah kehidupan
27 mei 2001 SAJALI MOHAMAD
kerana ada kesangsian pada jawapan
ada perkara yang berlaku
daripada jawapan
pun ada perkara yang tidak akan berlaku
daripada jawapan
jawapan yang betul dan telus
jawapan yang ikhlas dan sahih
jawapan yang benar dan tepat
jawapan dalam jawapan
bukan jawapan kepada jawapan
bukan jawapan kepada soalan
dalam jawapan ada pertanyaan
kerana
jawapan yang berbeza-beza
tepatnya jawapan jua berbeza-beza
tidak tahu jawapan
berbeza jawapannya
dalam jawapan ada pertanyaan
kerana setiap jawapan
ada kebertanggungjawapan
ada amanah
yang perlu diselesaikan
dalam jawapan ada pertanyaan
adalah jawapan yang
ikhlas
tepat
telus
benar
betul
sahih
terusterang
berbudi
santun dan sopan
jawapan yang salah
dalam jawapan ada pertanyaan
itulah kehidupan
27 mei 2001 SAJALI MOHAMAD
CATATAN SEORANG ISTERI III
rupa-rupanya sarat mengandung itu manis
dari sarat dengan karenah hidup. suami
sekadar tahu dirinya sendiri. aku mesti
kenal suamiku, kenal anak-anakku, kenal
semua hal dalam rumah. aku juga menyapu
debu-debu, aku juga harus menghargai dan
mencurigai walau sesuatu itu sebesar debu.
SAJALI MOHAMAD
29 julai 1990
dari sarat dengan karenah hidup. suami
sekadar tahu dirinya sendiri. aku mesti
kenal suamiku, kenal anak-anakku, kenal
semua hal dalam rumah. aku juga menyapu
debu-debu, aku juga harus menghargai dan
mencurigai walau sesuatu itu sebesar debu.
SAJALI MOHAMAD
29 julai 1990
KENAPA DIA
kenapa dia setiap kali
dijadikan penghuni taman yang sepi
untuk meriuhrendahkan rasa keterasingan
kenapa dia semacam
tiada kebebasan berjalan
sedangkan kerana dia
kecintaan mekar dan segar
kenapa dia ada kalanya
semacam dipinggirkan
sedangkan dia adalah pilihan
untuk menyajikan impian dan harapan
kenapa dia
dibiar kadangkadang
disuntik dengan keresahan
keseorangan
dalam titik titik titik titik titik titik titik
kenapa dia
yang redha mengubah suasana
mengharum wangi segala
kadangkadang tidak dihargai
kenapa dia telah menyempurna segala
masih disangsi
kenapa dia yang datang dalam hidup
masih mahu diuji
SAJALI BIN MOHAMAD
26april2007
dijadikan penghuni taman yang sepi
untuk meriuhrendahkan rasa keterasingan
kenapa dia semacam
tiada kebebasan berjalan
sedangkan kerana dia
kecintaan mekar dan segar
kenapa dia ada kalanya
semacam dipinggirkan
sedangkan dia adalah pilihan
untuk menyajikan impian dan harapan
kenapa dia
dibiar kadangkadang
disuntik dengan keresahan
keseorangan
dalam titik titik titik titik titik titik titik
kenapa dia
yang redha mengubah suasana
mengharum wangi segala
kadangkadang tidak dihargai
kenapa dia telah menyempurna segala
masih disangsi
kenapa dia yang datang dalam hidup
masih mahu diuji
SAJALI BIN MOHAMAD
26april2007
ENTIAN
semua yang ada
ya entian ajak ya
yalah kita tok
mesti maok nyelepat
ta kitak eh
di junya tok agik ada
juak peluang kitak bedurok
ada diman
kay ngan nangis
kay ngan tetak
di akhirat kelak
sapa nak nulong
mun dirik empun
sik nyedia bekal masa tok
kita semua entian bah
sapalah kita
ney dapat kita nak madah 'saba ajaklah'
ney dapat kita nak madah 'si ngan ngan'
di sinun kelak
ndak kah kita dah masin masin
ngembak nasib dirik
entian toklah dikenang kita
nyelepatlah ngingat
nyedia nok kay bekal ya
mun lupak
gene gaya kita nak balit
ngambiknya
semua ya tinggal
urang-urang tua mensia marek
selalu kita nanggar
dah sidaknya ngenang mati ya
nangis sidaknya koh
nok kay bekal dipikir sidak
cukupkah ndak
nok disuk suk kita di junya tok
entian ajak
siknya dapat nulong kita
di sinun kelak
ngak amal ibadat
amal sedekah jariah
nok bagus bagus di kerja kita
nang disuruh Allah dirik empun
ngan kita ya
ya ajaklah di pakey di sinun
yalah paspot kita kelak
sik dapat dipelente hal tok
bukan nak kay tetak beguro
ney nya maok dipadah
nangada
ingat, Allah sentiasa
ngan kita
di seney jak kita
Allah nanggar, Allah merati
olah tingkah laku kita
nok dipolah kita ya
apa ajak
urang mudak
ingat kitak
nok nama mati sik milih umor
entian agik dijamek Allah umor
junya junya juak
ngan lupak
nyelepat ngingat akhirat
sak idup kita sama-sama berkat
wa'allah hu'a'laam
15 November 2000 SAJALI MOHAMAD
ya entian ajak ya
yalah kita tok
mesti maok nyelepat
ta kitak eh
di junya tok agik ada
juak peluang kitak bedurok
ada diman
kay ngan nangis
kay ngan tetak
di akhirat kelak
sapa nak nulong
mun dirik empun
sik nyedia bekal masa tok
kita semua entian bah
sapalah kita
ney dapat kita nak madah 'saba ajaklah'
ney dapat kita nak madah 'si ngan ngan'
di sinun kelak
ndak kah kita dah masin masin
ngembak nasib dirik
entian toklah dikenang kita
nyelepatlah ngingat
nyedia nok kay bekal ya
mun lupak
gene gaya kita nak balit
ngambiknya
semua ya tinggal
urang-urang tua mensia marek
selalu kita nanggar
dah sidaknya ngenang mati ya
nangis sidaknya koh
nok kay bekal dipikir sidak
cukupkah ndak
nok disuk suk kita di junya tok
entian ajak
siknya dapat nulong kita
di sinun kelak
ngak amal ibadat
amal sedekah jariah
nok bagus bagus di kerja kita
nang disuruh Allah dirik empun
ngan kita ya
ya ajaklah di pakey di sinun
yalah paspot kita kelak
sik dapat dipelente hal tok
bukan nak kay tetak beguro
ney nya maok dipadah
nangada
ingat, Allah sentiasa
ngan kita
di seney jak kita
Allah nanggar, Allah merati
olah tingkah laku kita
nok dipolah kita ya
apa ajak
urang mudak
ingat kitak
nok nama mati sik milih umor
entian agik dijamek Allah umor
junya junya juak
ngan lupak
nyelepat ngingat akhirat
sak idup kita sama-sama berkat
wa'allah hu'a'laam
15 November 2000 SAJALI MOHAMAD
SMS
by,
rindu bertaut padamu
memenuhi kehendak
rasa cinta yang gundah
sayang,
aku masih buta warna
apatah lagi
satu permainan
entah
benar ini by
usah gundah
kerana by bukan bermimpi
sayang
teruja hati ini
kerana belaian
yang pura-pura
senda cuma
mengilusi rasa
21feb2008 SAJALI BIN MOHAMAD
rindu bertaut padamu
memenuhi kehendak
rasa cinta yang gundah
sayang,
aku masih buta warna
apatah lagi
satu permainan
entah
benar ini by
usah gundah
kerana by bukan bermimpi
sayang
teruja hati ini
kerana belaian
yang pura-pura
senda cuma
mengilusi rasa
21feb2008 SAJALI BIN MOHAMAD
RUPARUPANYA
ruparupanya
purapura menguji
dengan cerita
ruparupanya
terlupa adalah
mengingatkan kita
kewaspadaan
itu amat perlu
ruparupanya
kita perlu
banyak bertanya
untuk mendapat jawapan
yang masih perlu
untuk difikirfikirkan
SAJALI BIN MOHAMAD
16 disember 2006
purapura menguji
dengan cerita
ruparupanya
terlupa adalah
mengingatkan kita
kewaspadaan
itu amat perlu
ruparupanya
kita perlu
banyak bertanya
untuk mendapat jawapan
yang masih perlu
untuk difikirfikirkan
SAJALI BIN MOHAMAD
16 disember 2006
KEPADA………
pertemuan itu menjentik
naluriku dengan pautan
yang terindah untuk dirasai
dengan beban yang manis
jelingan manjamu
dan lemparan senyum manismu
mengisi sebuah hasratku untukmu
bahawa engkau datang dalam hatiku
kamar hatiku kini telah dihuni
dan dijaga dengan harapan
berbunga untuk berbuah
dengan dibajai kasihsayang
pertemuan ini adalah pertemuan
yang membisu seribu bahasa
penuh bermakna dalam makna
hakikat yang tidak mengenal
hakisan dan kepudaran
dan tidak akan dimakan tua
pertemuan yang melena aku dalam mimpi nyata
bersama haruman semerbak mewangi
sama-sama merasa ujiduga yang panjang
pertemuan ini
bersaksikan suasana dan perasaan
sentuhrasa yang kental
merimbun mekar dijambangan hati
putik-putik kemesraan nan kebiruan
menjanjikan soal hati bukan untuk dimungkiri
kerana semua jawapan panjang
adalah tetamu yang menentukan
anyaman dan tenunan perasaan
bahawa pertemuan yang bertuah
tetap menyerikan tiap ruangrasa
SAJALI BIN MOHAMAD
11 feb 2007
naluriku dengan pautan
yang terindah untuk dirasai
dengan beban yang manis
jelingan manjamu
dan lemparan senyum manismu
mengisi sebuah hasratku untukmu
bahawa engkau datang dalam hatiku
kamar hatiku kini telah dihuni
dan dijaga dengan harapan
berbunga untuk berbuah
dengan dibajai kasihsayang
pertemuan ini adalah pertemuan
yang membisu seribu bahasa
penuh bermakna dalam makna
hakikat yang tidak mengenal
hakisan dan kepudaran
dan tidak akan dimakan tua
pertemuan yang melena aku dalam mimpi nyata
bersama haruman semerbak mewangi
sama-sama merasa ujiduga yang panjang
pertemuan ini
bersaksikan suasana dan perasaan
sentuhrasa yang kental
merimbun mekar dijambangan hati
putik-putik kemesraan nan kebiruan
menjanjikan soal hati bukan untuk dimungkiri
kerana semua jawapan panjang
adalah tetamu yang menentukan
anyaman dan tenunan perasaan
bahawa pertemuan yang bertuah
tetap menyerikan tiap ruangrasa
SAJALI BIN MOHAMAD
11 feb 2007
MANTERA CINTA
kusebut namamu
ulang berulang
berulang ulang
berulang ulang
hanya kau yang kucintai
hanya kau yang kukasihi
hanya kau yang kusayangi
berulang ulang
berulang ulang
hadir wajahmu dimataku
kurenungi jauh ke dalam matamu
kurenungi wajahmu
kurenungi wajahmu
kupanggil namamu
kuseru namamu
berulang-ulang
berulang-ulang
berulang-ulang
aku cinta padamu
berkat kusebut namamu
dengan hati dan perasaan serentak
berkat kuucapkan aku cinta padamu
jutaan kali
gegeran rasa
mengejutkan
yang terlena
berkat mantera cinta
26 disember 2000 SAJALI MOHAMAD
jam: 7:50 pagi
ulang berulang
berulang ulang
berulang ulang
hanya kau yang kucintai
hanya kau yang kukasihi
hanya kau yang kusayangi
berulang ulang
berulang ulang
hadir wajahmu dimataku
kurenungi jauh ke dalam matamu
kurenungi wajahmu
kurenungi wajahmu
kupanggil namamu
kuseru namamu
berulang-ulang
berulang-ulang
berulang-ulang
aku cinta padamu
berkat kusebut namamu
dengan hati dan perasaan serentak
berkat kuucapkan aku cinta padamu
jutaan kali
gegeran rasa
mengejutkan
yang terlena
berkat mantera cinta
26 disember 2000 SAJALI MOHAMAD
jam: 7:50 pagi
warkah untuk semua wanita
maafkan aku
melangkah adat
melanggar pantang
telah kuteliti
telah kuperhalusi
lewat matahati seni
pun bersama
kenyataan yang
tidak perlu disangsi
kamulah insan yang
benar-benar mengerti
benar-benar memahami
bicara ombak
senda senja
gurau pelangi
gundah teratai di kolam
kisah lilin membakar diri
bunga sejuta karenah
riak air
dan kamulah
aduhai insan yang bergelar wanita
tepat dan pasti
menyumbang sumbangan besar
mematangkan dunia
berdandan kemajuan melata
terkumpul segala khazanah
dihatimu
menegak segala yang condong
menyinari terang-benderang
tiada yang dapat bersembunyi
keranamu
ketika kau ucapkan benarkah
sebenarnya kau telah
faham dan mengerti
dan telah fasih
demikian
kuasa kelemahanmu
memanusiakan manusia
memesrakan dunia sejagat
keranamu
masjid terbina
syurga menanti
SAJALI MOHAMAD
13 November 2000
melangkah adat
melanggar pantang
telah kuteliti
telah kuperhalusi
lewat matahati seni
pun bersama
kenyataan yang
tidak perlu disangsi
kamulah insan yang
benar-benar mengerti
benar-benar memahami
bicara ombak
senda senja
gurau pelangi
gundah teratai di kolam
kisah lilin membakar diri
bunga sejuta karenah
riak air
dan kamulah
aduhai insan yang bergelar wanita
tepat dan pasti
menyumbang sumbangan besar
mematangkan dunia
berdandan kemajuan melata
terkumpul segala khazanah
dihatimu
menegak segala yang condong
menyinari terang-benderang
tiada yang dapat bersembunyi
keranamu
ketika kau ucapkan benarkah
sebenarnya kau telah
faham dan mengerti
dan telah fasih
demikian
kuasa kelemahanmu
memanusiakan manusia
memesrakan dunia sejagat
keranamu
masjid terbina
syurga menanti
SAJALI MOHAMAD
13 November 2000
WANITA ITU INDAH
wanita itu indah
mengerti sejuta suasana
pautan syurga
wanita itu indah
kemartabatannya
adalah kematangannya
tiada terusik oleh
kepalsuan
wanita itu indah
mengerti dalam
bahasa-bahasa
yang sukar dilafaskan
wanita itu indah
untuk 'mengertikan' dalam diri
seseorang wanita itu
tidak semudah yang diramal
untuk mengetahui dalam diri
yang bergelar wanita itu
bukan macam membaca buku
wanita itu indah
kerana wanita itu
cepat dan mudah
mengerti
liku-liku kedustaan
dan mengerti
hebatnya 'permainan' suasana
wanita itu indah
kerana wanita tiada mudah gundah
dilanda masalah
ada pun masalah wanita itu tetap indah
kerana mereka kenal pasti
pembunuh rasa
wajar dijauhi
wanita itu indah
wanita itu abstrak
wanita itu tetap indah
wanita itu indah
dalam memujuk yang merajuk
pun pautan rasa
tertitip di hati wanita
12 febuari 2003 SAJALI MOHAMAD
mengerti sejuta suasana
pautan syurga
wanita itu indah
kemartabatannya
adalah kematangannya
tiada terusik oleh
kepalsuan
wanita itu indah
mengerti dalam
bahasa-bahasa
yang sukar dilafaskan
wanita itu indah
untuk 'mengertikan' dalam diri
seseorang wanita itu
tidak semudah yang diramal
untuk mengetahui dalam diri
yang bergelar wanita itu
bukan macam membaca buku
wanita itu indah
kerana wanita itu
cepat dan mudah
mengerti
liku-liku kedustaan
dan mengerti
hebatnya 'permainan' suasana
wanita itu indah
kerana wanita tiada mudah gundah
dilanda masalah
ada pun masalah wanita itu tetap indah
kerana mereka kenal pasti
pembunuh rasa
wajar dijauhi
wanita itu indah
wanita itu abstrak
wanita itu tetap indah
wanita itu indah
dalam memujuk yang merajuk
pun pautan rasa
tertitip di hati wanita
12 febuari 2003 SAJALI MOHAMAD
KELAKAR URANG NYERUK
asalamualaikum
oo sidak di rumah
sidak lam rumah: mu'alaikum salam
naitlah
kak ipot
kak enot
duduklah...
sidak nyeruk: eh, iboh gago be ampar dak tikar
mek duak tok
ndak dapat nak leka
sak lambat dibah
jangan lambat diatas
orang rumah:
jadi apalah ajat
tak duak tok tek
nak madah,
nyampei salam...
sidak nak duduk kerja
ari minggu tok
ialah tok ngembak kitak semua
lam rumah tok
berambeh duduk
kay merami majlis
apa main sidak tek??
tanyak: sidak rumah
yang di seruk
nikah anak sidaknya....
bah
ndak iboh jak gago
betuang air apa indah
baa njok dak tempat sireh
kelak jak kita nyambong lagik
kelakar
bah
mupok kamek duak
agik manyak
rumah sidak adik kakak
nak disinggah
nak diseruk
orang rumah:
aoklah
mak asih
mun sik ada apa aral kelak
gene kah gaya
ba bagi kah
kamek lam umah tok
minggu tok, manyak juak
urang kerja bah
orang nyeruk:
bah mupuk kamek dolok
15 November 2000 SAJALI MOHAMAD
oo sidak di rumah
sidak lam rumah: mu'alaikum salam
naitlah
kak ipot
kak enot
duduklah...
sidak nyeruk: eh, iboh gago be ampar dak tikar
mek duak tok
ndak dapat nak leka
sak lambat dibah
jangan lambat diatas
orang rumah:
jadi apalah ajat
tak duak tok tek
nak madah,
nyampei salam...
sidak nak duduk kerja
ari minggu tok
ialah tok ngembak kitak semua
lam rumah tok
berambeh duduk
kay merami majlis
apa main sidak tek??
tanyak: sidak rumah
yang di seruk
nikah anak sidaknya....
bah
ndak iboh jak gago
betuang air apa indah
baa njok dak tempat sireh
kelak jak kita nyambong lagik
kelakar
bah
mupok kamek duak
agik manyak
rumah sidak adik kakak
nak disinggah
nak diseruk
orang rumah:
aoklah
mak asih
mun sik ada apa aral kelak
gene kah gaya
ba bagi kah
kamek lam umah tok
minggu tok, manyak juak
urang kerja bah
orang nyeruk:
bah mupuk kamek dolok
15 November 2000 SAJALI MOHAMAD
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG BERGELAR WANITA
terima kasih
tidak terdaya untuk
kubalas budimu
kerana kaulah yang
memanusiakan aku
terima kasih
keluh kesahmu bertahta ibadah
kusanjungi ketabahanmu
menghadapi ombak
menghadapi ribut, petir
sentiasa dengan senyuman
terukir dibibir
mulia hatimu
ikhlas budimu
menghulur nasihat
berbuah berkat
terima kasih
kesempurnaan berlaku
keranamu
SAJALI MOHAMAD
24 April 2000
Kuching
tidak terdaya untuk
kubalas budimu
kerana kaulah yang
memanusiakan aku
terima kasih
keluh kesahmu bertahta ibadah
kusanjungi ketabahanmu
menghadapi ombak
menghadapi ribut, petir
sentiasa dengan senyuman
terukir dibibir
mulia hatimu
ikhlas budimu
menghulur nasihat
berbuah berkat
terima kasih
kesempurnaan berlaku
keranamu
SAJALI MOHAMAD
24 April 2000
Kuching
ISTIMEWANYA WANITA KERANA KEWANITAANNYA
mata wanita dihatinya
kecurigaannya adalah doa
keikhlasannya adalah kasihsayang
bicaranya adalah doa
minatnya adalah cinta
membisunya wanita
kerana tolak, campur, dharab dan bahagi
tangisan wanita
kerana debu-debu berwarna
kelemah-lembutannya adalah
ketangkasan menghadapi
beban yang manis
memertabatkan kewanitaan
pantangnya wanita
dibohongi
lalu terhakislah cintanya
layu segala kepercayaannya
istimewanya wanita
kerana faham dan mengertinya
kerana kewanitaannya
6 disember 1999 SAJALI MOHAMAD
kecurigaannya adalah doa
keikhlasannya adalah kasihsayang
bicaranya adalah doa
minatnya adalah cinta
membisunya wanita
kerana tolak, campur, dharab dan bahagi
tangisan wanita
kerana debu-debu berwarna
kelemah-lembutannya adalah
ketangkasan menghadapi
beban yang manis
memertabatkan kewanitaan
pantangnya wanita
dibohongi
lalu terhakislah cintanya
layu segala kepercayaannya
istimewanya wanita
kerana faham dan mengertinya
kerana kewanitaannya
6 disember 1999 SAJALI MOHAMAD
CATATAN CINTA
cinta adalah ujiduga yang manis
cinta memanusiakan manusia
keperitan cinta
sebenarnya adalah kesetiaan dan keikhlasan
cinta adalah pengorbanan
cinta adalah tanggungjawab
cinta adalah kasih sayang
cinta adalah amanah
cinta adalah segalanya
cinta bukan buta
cinta adalah cukup abstrak
cinta membuat manusia awet muda
cinta membuat manusia sentiasa senang
cinta menjadikan semua kerja beres
cinta menjadikan manusia pemikir yang agung
cinta membuatkan manusia disegani dan dihormati
cinta melahirkan pembangunan melata
cinta bukan menjadi manusia melatah
manusia menangis kerana cinta
manusia ketawa kerana cinta
manusia cergas kerana cinta
manusia ada kerana cinta
manusia hidup kerana cinta
manusia mati kerana cinta
cinta uda dan dara
menguji kesetiaan
dipertanggungjawab dengan keikhlasan
diamanah dengan kejujuran
mengunci janji
uda dan dara yang membencikan cinta
bukan bermakna mereka telah kecewa
tetapi kerana mereka telah tahu dan mengerti
harga dan makna cinta sebenarnya
bahawa cinta bukanlah
sesuatu untuk dipermainkan
atau diperalatkan
cinta tidak pernah gagal
uda dan dara yang gagal bercinta
adalah sesuatu yang tidak ujud
yang berlaku cuma
'belum bersedia' bukan kegagalan
kerana cinta adalah besi berani
mertabat cinta
adalah suci
keindahannya tidak sekadar senja
tidak sekadar pelangi
cinta adalah milik alam sejagat
cinta mengharum wangi segala
cinta mewarnai kehidupan
yang pasti
dengan karenah yang manis
mengisi ruang sepi
menjadikan kerinduan itu bererti
cinta adalah ingat mengingati
cinta adalah penyelesai masalah
cinta adalah pemusnah keresahan
cinta adalah budi nan tinggi
cinta memungkinkan segala
tercanai pasti
cinta tercalar
bukan untuk ditangisi
namun adalah untuk dimengerti
erti suka duka hidup ini
salam cinta
bukan sekadar kepada kekasih
ia adalah jua
buat menceriakan manusia
18 Januari 1996 SAJALI MOHAMAD
cinta memanusiakan manusia
keperitan cinta
sebenarnya adalah kesetiaan dan keikhlasan
cinta adalah pengorbanan
cinta adalah tanggungjawab
cinta adalah kasih sayang
cinta adalah amanah
cinta adalah segalanya
cinta bukan buta
cinta adalah cukup abstrak
cinta membuat manusia awet muda
cinta membuat manusia sentiasa senang
cinta menjadikan semua kerja beres
cinta menjadikan manusia pemikir yang agung
cinta membuatkan manusia disegani dan dihormati
cinta melahirkan pembangunan melata
cinta bukan menjadi manusia melatah
manusia menangis kerana cinta
manusia ketawa kerana cinta
manusia cergas kerana cinta
manusia ada kerana cinta
manusia hidup kerana cinta
manusia mati kerana cinta
cinta uda dan dara
menguji kesetiaan
dipertanggungjawab dengan keikhlasan
diamanah dengan kejujuran
mengunci janji
uda dan dara yang membencikan cinta
bukan bermakna mereka telah kecewa
tetapi kerana mereka telah tahu dan mengerti
harga dan makna cinta sebenarnya
bahawa cinta bukanlah
sesuatu untuk dipermainkan
atau diperalatkan
cinta tidak pernah gagal
uda dan dara yang gagal bercinta
adalah sesuatu yang tidak ujud
yang berlaku cuma
'belum bersedia' bukan kegagalan
kerana cinta adalah besi berani
mertabat cinta
adalah suci
keindahannya tidak sekadar senja
tidak sekadar pelangi
cinta adalah milik alam sejagat
cinta mengharum wangi segala
cinta mewarnai kehidupan
yang pasti
dengan karenah yang manis
mengisi ruang sepi
menjadikan kerinduan itu bererti
cinta adalah ingat mengingati
cinta adalah penyelesai masalah
cinta adalah pemusnah keresahan
cinta adalah budi nan tinggi
cinta memungkinkan segala
tercanai pasti
cinta tercalar
bukan untuk ditangisi
namun adalah untuk dimengerti
erti suka duka hidup ini
salam cinta
bukan sekadar kepada kekasih
ia adalah jua
buat menceriakan manusia
18 Januari 1996 SAJALI MOHAMAD
KERESAHAN WANITA
keresahan wanita
membakar semangat kewanitaan
untuk terus berjuang
wanita dapat membaca
apakah keresahan
yang datang kepadanya itu
satu ujian
atau yang diada-adakan
hati seorang wanita
tepat jawapannya
tepat penglihatannya
andai keresahan pada wanita itu
ujian
kematangan seorang wanita
mengeluar lembing pasrahnya
dan sasarannya
adalah beban yang manis
afdhal dibahui
andai keresahan pada wanita itu
diada-adakan
konon mau menguji wanita
adalah sesuatu yang sia-sia
kerana
wanita
tidak mudah menyerah kalah
kepada keadaan yang baru
keresahan wanita
semakin mematangkan kewanitaan
mewarnai kehidupan
10 april 2000 SAJALI MOHAMAD
membakar semangat kewanitaan
untuk terus berjuang
wanita dapat membaca
apakah keresahan
yang datang kepadanya itu
satu ujian
atau yang diada-adakan
hati seorang wanita
tepat jawapannya
tepat penglihatannya
andai keresahan pada wanita itu
ujian
kematangan seorang wanita
mengeluar lembing pasrahnya
dan sasarannya
adalah beban yang manis
afdhal dibahui
andai keresahan pada wanita itu
diada-adakan
konon mau menguji wanita
adalah sesuatu yang sia-sia
kerana
wanita
tidak mudah menyerah kalah
kepada keadaan yang baru
keresahan wanita
semakin mematangkan kewanitaan
mewarnai kehidupan
10 april 2000 SAJALI MOHAMAD
KETULUSAN DAN KETELUSAN HATI WANITA
keistimewaannya yang sahih
terserlah penuh santun
pandangan lewat hati
ketulusan dan ketelusan hati wanita
dapat dirasa
lewat faham dan mengerti
lewat penghayatan yang seni
ketulusan dan ketelusan hati wanita
subur berbudi
besi berani
ranum dalam keikhlasan
mewangi sepanjang zaman
mekar dan segar
ketulusan dan ketelusan hati wanita
tepat dan pasti
murni dan suci
SAJALI MOHAMAD
7 disember 2000
terserlah penuh santun
pandangan lewat hati
ketulusan dan ketelusan hati wanita
dapat dirasa
lewat faham dan mengerti
lewat penghayatan yang seni
ketulusan dan ketelusan hati wanita
subur berbudi
besi berani
ranum dalam keikhlasan
mewangi sepanjang zaman
mekar dan segar
ketulusan dan ketelusan hati wanita
tepat dan pasti
murni dan suci
SAJALI MOHAMAD
7 disember 2000
SAHABAT
SAHABAT
menambah pengertian yang telah difahami
buat menokohtambah kehendak
tolakcampurdharabbahagi
mengharungi bersama
ombakduga yang mencari jawapan
yang disoal oleh keadaan
bukan membiar
keterhadahan tidak tahu
bukan membiar
terasing ditengah keramaian
sahabat
melengkap yang tidak lengkap
menyambung yang belum siap
menyemak tangistawa apa puncanya
mengugurkan kesangsian
sahabat
mempastikan jajijanji
tidak terungkai
bahawa keakraban abadi ini
menyerlahkan kekentalan
persahabatan yang sukar diporakperandakan
oleh kecemburan waktu
yang datang dari
arah yang ingin melihat
terbantutnya episod-episod
SAJALI BIN MOHAMAD
6 mei 2006
menambah pengertian yang telah difahami
buat menokohtambah kehendak
tolakcampurdharabbahagi
mengharungi bersama
ombakduga yang mencari jawapan
yang disoal oleh keadaan
bukan membiar
keterhadahan tidak tahu
bukan membiar
terasing ditengah keramaian
sahabat
melengkap yang tidak lengkap
menyambung yang belum siap
menyemak tangistawa apa puncanya
mengugurkan kesangsian
sahabat
mempastikan jajijanji
tidak terungkai
bahawa keakraban abadi ini
menyerlahkan kekentalan
persahabatan yang sukar diporakperandakan
oleh kecemburan waktu
yang datang dari
arah yang ingin melihat
terbantutnya episod-episod
SAJALI BIN MOHAMAD
6 mei 2006
Subscribe to:
Posts (Atom)