Monday, August 13, 2012

DUA HATI SATU JIWA

dua hati satu jiwa sama-sama mengibarkan bendera setuju dalam banyak waktu tiada terucap lewat kata-kata kerana berbahasa kebisuan yang bukan bisu kerana telah diakibatkan segala rasa dirasai dari dalam mempertautkan hajat dan hasrat yang besar mengubalkan journal hidup untuk bersama sehingga ke syurga SAJALI BIN MOHAMAD 13 ogos 2012 5:05 pagi

Saturday, December 26, 2009

CINTA TERLUKA DI PASIR PANDAK

diwajahnya yang berkaca
duka sedih ayah tua
bagaikan tak tertanggung
mengenang sejarah yang akan hilang
yang dia tidak mampu perjuangkan

jambatan yang diroboh
tiada tangan-tangan yang lagi bersalaman
tiada suara yang terdengar
kerana jurang jauh adalah cerita baru

kecalaruan rasa ayah tua
yang akan berpisah dengan keluarga
kerana sejarah baru akan disanjungi
mengubah yang dibendong

kami tidak akan bertemu lagi
persis istana pasir yang kami bina
dihapus ombak

kasihan anak-anak kecil
tiada ruang mengenal
dan menyaksi
keindahan yang asli
yang telah dinoktahkan

babak baru
bukanlah seindah
jutaan tahun yang berlalu


SAJALI BIN MOHAMAD
27dis2009

Sunday, June 15, 2008

HANYA DIKAU

aku dalam bahasa senja
menganyam rasa
buatmu

aku dalam bahasa aku
hanya dikau
ruang untuk kumerajuk

bahasa perasaan
membahasakan kerinduan
aku dalam bahasa aku
setujukah kau

aku tetatap menunggumu
diperlabuhan cinta


SAJALI BIN MOHAMAD
16 JUN 2008

Sunday, June 1, 2008

KESEKIAN KALINYA

kesekian kali
pertemuan kita tiada menemui
sebarang pertanda
keakraban harapan

kesekian kalinya
kecederaan rasa
menjadi penghalang
dan petualang
untuk kita mencantum
pengertian bersama

kesekian kalinya
kita tidak punya
banyak waktu dan masa
berbincang
erti dalam diri kita

kesekian kalinya
kita masih belum mampu melihat
warna-warna tuntutan kehidupan kita
kerana jalan-jalan yang banyak simpang
dan takuk fikir kita
mencari dimana


SAJALI BIN MOHAMAD
24febuari2008

HARGA SEBUAH KEJUJURAN

harga sebuah kejujuran
sukar dihitung
dalam sembunyi tulus muni

harga sebuah kejujuran
bukan untuk tawar menawar
kerana aura dan warna-warnanya
membelai keharuman budi
berzaman nan panjang


SAJALI BIN MOHAMAD
26september1990

JAWAPAN

ya
betul

salah
itu

tenguklah nanti
kalau senang

tak senang

tidak tahu

lihat keadaan

terimakasih

jawablah


SAJALI BIN MOHAMAD
6-9-1999

ILUSI

aku jadi cukup terpaut dalam fantasi
yang sekadar ilusi cuma
dan aku jadi cukup tertarik
pada kekosongan
yang memang kosong

ilusi ini
mendodoi aku berfantasi
bagaikan benar
aku ditaut kasihsayang
bagaikan realiti
cerita yang ilusi

aku masih khayal
dijentik kemesraan
yang olok-olok cuma

kuasa ilusi
bermakna untuk dimengerti
dimanakah aku
sebenarnya berada


SAJALI BIN MOHAMAD
21FEB2008